in

Rangkuman Acara Khas Apple Mac 2019

Seperti diketahui setiap tahun Apple akan mengadakan dua cara berbeda iaitu Acara Khas dan World Wide Developer Conference (WWDC).

apple-ios-12-unveiled-wwdc-2018

Secara amalan Acara Khas kebiasaannya akan diadakan pada bulan Mac, September dan Oktober manakala WWDC pada bulan Jun.

Acara Khas lebih memfokuskan kepada pelancaran produk seperti iPhone,iPad, iPod, MacBook dan perkhidmatan.

Manakala WWDC memfokuskan pengenalan kepada perisian termasuklah iOS, MacOS, tvOS, watchOS dan Perkhidmatan.

Jika diimbas kembali tahun 2018 Apple telah mengadakan Acara Khas pada 28 Mac 2018 di mana acara ini memfokuskan kepada pendidikan dan pelancaran iPad.
Namun acara ini diadakan secara tertutup dan tetamu jemputan sahaja yang boleh menyaksikan acara tersebut.

Walau bagaimanapun, peminat Apple boleh menonton acara ini sehari selepas acara tersebut tamat.

Tahun ini tidak dapat dipastikan sama ada Apple akan meneruskan tradisi dengan mengadakan Acara Khas pada bulan hadapan atau mengikut mengikut tradisi tahun 2017 yang mana mereka hanya mengemaskini produk di laman jualan atas talian semata-mata.

Sekiranya Apple akan mengadakan Acara Khas, saya menjangkakan Acara ini akan di adakan sekitar 26 atau 27 Mac 2019. Setakat ini terdapat beberapa khabar angin yang mengesahkan Acara tersebut.

Seperti biasa saya akan rangkumkan inti pati bagi Acara Khas seperti mana yang berikut:

Lagi artikel di ifon.my  Laman Jualan Apple Ditutup Bagi Memberi Laluan Kepada Produk Terbaharu

Prestasi Jualan

Seperti biasa Tim Cook akan menjadi individu pertama di atas pentas dan beliau akan mengumumkan prestasi jualan bagi iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max dan iPad Pro (2018).

Tim Cook juga akan mengumumkan iPhone XR antara telefon pintar terlaris dan diminati oleh peminat Apple.

AirPower
Bagi meneruskan acara, Tim Cook akan memanggil Phill Schiller untuk melancarkan produk AirPower.

Seperti diketahui AirPower pernah di pra tonton semasa acara pelancaran iPhone X pada September 2017. Walau bagaimanapun, produk ini telah tertangguh lebih setahun akibat masalah dalam pembangunan.

apple-iphone-x-2017-airpower-3

Besar kemungkinan Phill Schiller akan mengumumkan pelancaran produk ini dan harga jualan dijangka sekitar $149.00 atau RM549.00 – RM649.00 dan boleh dibeli sekitar pertengahan April 2019.

iPad Mini 5
Phill Schiller juga turut mengumumkan pelancaran iPad Mini 5 yang mana model ini besar kemungkinan akan menggunakan Face ID sebagai kunci keselamatan terbaharu.

ipad-mini

iPad Mini 5 kemungkinan akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A11 Bionic, 3GB RAM dan Liquid Retina.

iPad Mini 5 juga kemungkinan akan menyokong Apple Pensil dan masih mengekalkan lubang pengecasan lightning.

iPad Mini 5 besar kemungkinan akan dipasarkan sekitar April dengan harga sekitar RM1,899.00 hingga RM2,599.00.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Menerbitkan Video Bagi Acara Khas Apple Dalam Tempoh 108 Saat

iPod 7
Sesuatu yang mungkin tidak akan berlaku namun saya menjangkakan Apple akan melancarkan iPod generasi ketujuh khas untuk peminat Apple.

maxresdefault-1

Kali terakhir Apple memperkenalkan iPod generasi keenam pada tahun 2015. Saya berpandangan Apple mungkin akan memperkenalkan produk ini bagi meningkatkan lagi permintaan terhadap produk mereka.

iPod 7 besar kemungkinan akan menyokong mod permainan (gaming mode) yang mana ia lebih mesra pengguna serta mempunyai fungsi khas untuk permainan.

Perkhidmatan Penstriman

Antara acara kemuncak bagi majlis kali ini di mana Tim Cook bakal melancarkan perkhidmatan penstriman seperti Netflix.

netflix

Perkhidmatan penstriman ini besar kemungkinan hanya memfokuskan negara-negara besar seperti AS dan Malaysia besar kemungkinan tidak akan menerima perkhidmatan ini.

Antara inti pati lain dalam acara tersebut termasuklah pelancaran iPhone XS dan iPhone XS Max versi (RED).

Ini hanyalah pandangan peribadi saya berhubung inti pati bagi Acara Khas ini. Kita mungkin akan mengetahui jangkaan tersebut sekitar pertengahan Mac 2019.

Sekiranya Apple tidak mengadakan Acara Khas ini. Beberapa produk yang saya nyatakan di atas kemungkinan akan dilancarkan pada Jun 2019 sempena WWDC 2018.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

OpenSignal Mengeluarkan Laporan Berhubung Prestasi Selular Bagi iPhone 5S Hingga iPhone XS Max.

Huawei Dikatakan Cuba Menciplak Teknologi Apple Watch Dari Apple