in ,

Cara Menonton Acara Khas Apple Pada Malam Ini

Tentu ada dikalangan pengguna Apple masih belum berkesempatan menonton Acara Khas Apple yang sering diadakan setiap tahun.

Acara Khas ini boleh ditonton secara langsung pada 30 Oktober 2018 Jam 10.00 malam.

Bagi pengguna iOS, anda boleh menonton acara ini menerusi pelayar web Safari pada iPhone,iPad, iPod dan iPad dan terhad kepada iOS 10 dan ke atas sahaja.

Pengguna Machintos pula, anda boleh menggunakan pelayar web Safari dengan sistem operasi minimun macOS Sierra 10.12.

Pengguna PC pula anda boleh menggunakan pelayar web Microsoft Edge, Mozilla Firefox dan Chrome. Namun, anda harus mengemaskini pelayar web ini ke versi terkini.

Untuk menonton klik Tonton Acara Khas Apple

Lagi artikel di ifon.my  Acara Khas Apple: iPad Pro Dan MacBook Air?

image

Acara ini akan membarisi individu terpenting dalam Apple termasuklah Tim Cook, Phill Schiller dan Craig Federigi.

Sekiranya anda belum mengenali lebih dekat individu yang saya maksudkan ini. Rasanya inilah pentas yang sesuai untuk anda mengetahui lebih dekat akan peranan yang diberikan oleh Tim Cook kepada mereka.

Phil-Schiller

Hakikatnya ramai dikalangan pengguna sedikit terkesan akibat kualiti penstriman. Oleh yang demikian, saya amat menggalakkan anda untuk menggunakan sambungan WIFI minimum 4Mbps atau rangkaian LTE.

Secara peribadi saya mengalakkan anda untuk menonton acara ini memandangkan pihak Apple akan memfokuskan ciri-ciri terpenting dalam setiap produk mereka.

Sebelum acara ini berlangsung, seperti biasa saya akan menyediakan inti pati bagi Acara Khas Apple mengikut pandangan peribadi saya.

Lagi artikel di ifon.my  Jangkaan Bagi Acara Khas Apple September 2018- Episod 1

Sekiranya anda tidak mahu menonton acara ini, namun mahu mengetahui perkembangan dengan lebih pantas. Anda boleh melayari www.ifon.my atau Twitter @xaviernaxa untuk mendapatkan info secara langsung.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Bakal Melancarkan iPad Pro, Macbook, AirPower,AirPods 2 Pada Acara Khas Malam Ini?

48% Responden Bersetuju Faktor Harga Menyebabkan Mereka Tidak Memilih iPhone Sebagai Telefon Pintar Utama