in

iOS 12 Dilancarkan Secara Rasmi Pada 18 September 2018

Setelah sekian lama iOS 12 berada di fasa pengujian, akhirnya Apple telah menetapkan 18 September 2018 jam 1.00 pagi sebagai tarikh rasmi pelepasan iOS 12.

iOS 12 merupakan sistem operasi terkini dari Apple dan merupakan kesinambungan dari iOS 11 sebelum ini. Tidak keberatan jika saya katakan bahawa iOS 12 adalah inkarnasi dari iOS 11.

iOS 12 menumpukan kepada prestasi iPhone pada model terdahulu di mana iPhone 5S antara peranti paling minimum menyokong kemaskini ini.

Screenshot_20180913-110938

Oleh yang demikian bagi pengguna iPhone yang memasang iOS 11, adalah digalakkan untuk anda untuk mengemaskini iOS 12 secara rasmi.

Bagi mengelakkan sebarang masalah timbul beberapa perkara harus anda tekankan sebelum mengemaskini iOS ini iaitu:

  • Pastikan iPhone anda adalah versi Unlocked
  • iPhone anda bebas dari sebarang penggunaan komponen tiruan
  • Bagi pengguna iOS 10 adalah digalakkan untuk anda mengemaskini iOS 12 menggunakan iTunes berbanding Over The Air (OTA).
  • Sila buat back-up terlebih dahulu sebelum mengemaskini.
  • Bagi pengguna junior, saya menasihatkan anda supaya jangan tergopoh-gapah mengemaskini iOS 12. Sila tunggu dalam tempoh satu hingga dua minggu untuk melihat maklum balas dari pengguna.
Lagi artikel di ifon.my  iOS 12.2 BETA 4 Sedia Untuk Dikemaskini

Oleh yang demikian bagi pengguna iOS saya menasihatkan anda agar mematuhi perkara yang telah saya jelaskan seperti di atas bagi mengelakkan iPhone,iPad dan iPod anda mengalami masalah kelak.

Bagi pengguna yang ingin mengemaskini menggunakan Over The Air (OTA) , anda harus mengetahui bahawa peratusan bateri anda akan turun mendadak selepas mengemaskini iOS ini. Oleh yang demikian sila cucuk kabel pengecasan sebelum membuat pengemaskinian.

Berikut merupakan senarai peranti yang menyokong iOS 12

iPhone:

  • iPhone X
  • iPhone 8/8 Plus
  • iPhone 7/7 Plus
  • iPhone 6s/6s Plus
  • iPhone 6/6 Plus
  • iPhone SE
  • iPhone 5s

iPad:

  • 12.9‑inch iPad Pro 2nd generation
  • 12.9‑inch iPad Pro 1st generation
  • 10.5‑inch iPad Pro
  • 9.7‑inch iPad Pro
  • iPad Air 2
  • iPad Air
  • iPad 6th generation
  • iPad 5th generation
  • iPad mini 4
  • iPad mini 3
  • iPad mini 2
Lagi artikel di ifon.my  Kerentanan di iOS 12 membolehkan lock screen dipintas

iPod touch:

  • iPod touch 6th generation

Diharap anda mengambil maklum berhubung nasihat saya ini bagi mengelakkan anda mengalami masalah pada kemudian hari.

Terdapat ralat pada penulisan ini sebentar tadi. Pelepasan iOS adalah pada 18 September 2018. Dan bukan 19 September 2018.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Semua warna iPhone Xr diperlihatkan

Pengedar Sah Apple Mula Menurun Harga iPhone X