in

Pengedar Sah Apple Mula Menurun Harga iPhone X

Nampaknya beberapa pengedar sah Apple mula menurunkan harga jualan iPhone X sebaik sahaja iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr dilancarkan pagi tadi.

iPhone X secara rasminya ditamatkan jualan di laman rasmi Apple. Walau bagaimanapun, pengedar sah Apple masih mempunyai stok untuk menjual model ini.

main_photo_-_crystal_2048x2048

Berdasarkan semakan di laman rasmi Machine Malaysia dan Switch Malaysia harga iPhone X 64GB dijual pada tanda harga RM4,299.00 bagi versi 64GB dan RM4,999.00 bagi 256GB.

Bagi iPhone 6S, iPhone 6S Plus dan iPhone SE tiada pelarasan harga bagi bagi model ini walaupun secara rasminya ia tidak lagi dijual kepada umum.
Sekiranya anda berminat untuk membeli iPhone X, boleh terus ke Pusat Jualan Apple atau melayari laman sesawang mereka untuk pembelian secara atas talian.

Lagi artikel di ifon.my  Purata Harga Jualan iPhone Terpakai Dan Keadah Penetapan Harga Jual Dan Beli

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 12 Dilancarkan Secara Rasmi Pada 18 September 2018

Kapasiti RAM Pada iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr Diperlihatkan