in

Switch Malaysia Mengadakan Potongan Harga RM400.00 Bagi iPhone XS Max

Hari ini Switch Malaysia yang merupakan Pusat Jualan Apple yang sah telah mengadakan promosi bagi iPhone XS Max dengan potongan harga sebanyak RM400.00 bagi semua jenis storan.

iphone-xs-space-select-2018-av2-1-2

iPhone XS Max merupakan produk terbaharu dari Apple dan merupakan model paling mahal dalam kelasnya.

iPhone XS Max hadir dengan cip pemproses Apple 12 Bionic, 4GB RAM serta hadir dengan tiga variasi storan iaitu 64GB, 256GB dan 512GB.

Bersempena Tahun Baru Cina, Switch Malaysia telah mengemaskini harga baharu bagi iPhone XS Max mereka yang mana versi 64GB dijual pada harga RM4,999.00, 256GB RM5,699.00 dan 512GB RM6,649.00.

u-10185952

Berdasarkan potongan harga tersebut, jelas menunjukkan bahawa harga promosi bagi iPhone XS Max adalah setaraf dengan iPhone XS.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone XS dan XS Max diperkenalkan

iPhone XS dan iPhone Max dikeluarkan bersama-sama. Walau bagaimanapun, iPhone XS Max dijual RM400.00 lebih mahal berbanding iPhone XS.

Memandangkan pada ketika ini harga iPhone XS dan iPhone XS Max adalah setara. Rebutlah peluang untuk memiliki iPhone terbaharu ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Harga iPhone XS Max, iPhone XS Dan iPhone X Turun Di Seng Heng Malaysia

Peruncit Di China Mula Menurunkan Harga iPhone Sehingga 20%