in

DXOMARK: Huawei Mate 20 Pro Berjaya Mengalah iPhone Xs Max Dan Google Pixel 3?

Nampaknya satu sumber telah tertiris di mana Huawei Mate 20 Pro telah menjadi telefon pintar paling tinggi menerima skor dari DXOMARK.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi oleh Bel Geskin Huawei P20 Pro, Google Pixel 3 dan Huawei Mate 20 masing-masing berada di kedudukan kedua,ketiga dan keempat.

Manakala iPhone Xs Max berada di kedudukan keenam dengan skor sebanyak 104 berbanding Huawei Mate 20 Pro yang memperoleh skor 116.

Maklumat yang dikongsi oleh Bel Geskin belum dapat dipastikan sama ada benar atau sebaliknya. Namun maklumat ini telah mendapatkan maklum balas yang pelbagai dari netizen.

Lagi artikel di ifon.my  Seng Heng Membuat Potongan Harga RM400 Bagi iPhone X

Ada yang menganggap bahawa DXOMARK hanyalah propaganda untuk memperoleh wang dari keputusan yang dikeluarkan dan ada yang berpandangan maklumat ini hanyalah palsu.

IMG_20180927_132706

Secara peribadi saya kurang pasti adakah laporan yang dikeluarkan ini benar-benar asli atau sekadar gimik. Jika benar bermakna Huawei bakal menjadi antara jenama yang mempunyai kualiti kamera terbaik dunia.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone Xs Max Hadir Dengan Mod Beauty?

Trade-In Telefon Pintar Anda Di Machine Malaysia