in

iPhone Xs Max Hadir Dengan Mod Beauty?

Seperti diketahui kamera yang hadir pada iPhone boleh dikatakan antara yang terbaik di pasaran. Ramai dikalangan pengguna memilih iPhone adalah disebabkan kualiti gambar yang neutral.

Terkini, sebuah pengulas YouTube paling popular Unbox Therapy telah menemui sesuatu yang kurang enak didengar oleh sebilangan Pengguna.

Beliau dalam satu kenyataan telah mengesan terdapat penjanaan mod beauty yang sebaik mengambil gambar.

Bagi mengesahkan perkara ini, beliau telah membuat sedikit kajian dan mendapati isu ini telahpun diperkatakan di beberapa buah laman web terkemuka.

Ramai pengguna mempertikaikan mengapa Apple mengaktifkan mod beauty pada telefon pintar mereka sedangkan ramai yang mengetahui bahawa kamera iPhone menghasilkan gambar neutral.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 7 128GB (Black) Dijual Serendah RM1,999.00 Sahaja.

Namun dengan penghasilan mod beauty ini seolah-olah Apple mengikut sebilangan pengeluar telefon pintar termasuklah Vivo dan Oppo.

Screenshot_20180927-034802

Tidak dapat dipastikan adakah ini merupakan pepijat yang hadir pada iOS 12 atau sememangnya Apple meletakkan mod beauty pada iPhone terkini.

Jika benarlah Apple meletakkan fungsi ini dalam iPhone mereka. Bermakna tiada lagi yang boleh dibanggakan selain memperoleh gambar yang palsu.

Saya mengakui bahawa mod beauty ini sangat popular di Asia. Namun janganlah Apple mengikut kehendak pengguna sehingga mereka lupa akan status yang dipegang selama ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Kos Penghasilan iPhone Xs Max 256GB Adalah Sekitar RM1,834.00

DXOMARK: Huawei Mate 20 Pro Berjaya Mengalah iPhone Xs Max Dan Google Pixel 3?