in

Apple Melepaskan iOS 12.1 BETA 1

Belum sempat pengguna menyambut hari pertama pelepasan iOS 12, Apple hari ini telah melepaskan kemaskini iOS 12.1 BETA 1 kepada pembangun perisian.

Antara ciri yang hadir pada iOS 12.1 adalah FaceTime Group yang sebelum ini dibuang oleh Apple atas faktor yang tidak dinyatakan.

iOS 12 BETA 1 juga merupakan permulaan kepada pengemaskinian bagi versi ini dan berkemungkinan versi akhir akan hadir sekitar pertengahan Oktober ini.

Bagi pengguna Public BETA anda mungkin boleh mengemaskini versi ini sedikit masa lagi. Secara kebiasaannya pelepasan untuk Public BETA kali pertama memakan sedikit masa bagi memastikan iOS 12.1 benar-benar stabil untuk dikemaskini oleh Pengguna.

SEKADAR PANDANGAN

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Netizen Menganaktirikan iPhone?

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 12 Menerima Maklum Balas Positif Dari Pengguna

Kapasiti RAM Dan Bateri Bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr Akhirnya Tertiris