Nampaknya sesuatu yang dijangka apabila Apple kekal sebagai jenama paling bernilai di dunia untuk tajun 2018 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Best Global Brands 2018.
Apple mendahului pesaing terdekat mereka iaitu Google dengan nilai $214.5 billion iaitu 15% peningkatan dari tahun sebelumnya.
Google berada di kedudukan kedua dengan nilai $115.5 billion, Amazon $100.7 billio, Microsoft $92.7 billion dan Coca Cola $66.3 billion.
Secara peribadi Apple kekal sebagai jenama paling bernilai di dunia disebabkan jualan kukuh pada model iPhone mereka yang mana mencatatkan jumlah jualan tertinggi bagi suku pertama dan kedua tahun 2018.
Apple juga telah menjadi syarikat pertama di dunia yang mempunyai modal pasaran berjumlah $1 Trillion seterusnya mengangkat Apple ke satu era baharu.
SEKADAR PANDANGAN