in

iPhone Xs 64GB Dijual Serendah RM4,699.00 Dan iPhone Xs Max 64GB RM4,999.00

Sebelum ini saya pernah mengeluarkan penulisan berhubung jualan yang dibuat oleh kedai Satu Gadget Dot Com di mana iPhone Xs 64GB dijual pada harga RM4,799.00.

Hari ini nampaknya pihak Satu Gadget Dot Com telah mengemaskini harga jualan bagi iPhone Xs dan iPhone Xs Max di mana masing-masing dijual pada harga RM4,699.00 dan RM4,999.00 bagi storan 64GB.

FB_IMG_1538662391798

Berdasarkan iklan yang dipamerkan iPhone Xs 256GB dijual pada harga 5,199.00 dan iPhone Xs 512GB RM6,199.00.

FB_IMG_1538662364009

Bagi iPhone Xs Max pula, Satu Gadget menawarkan harga RM5,599 bagi storan 256GB dan RM6,399.00 bagi storan dalaman 512GB.

Secara peribadi harga jualan bagi model terbaharu ini agak berpatutan memandangkan harga jualan bagi iPhone X 64GB (Malaysia Set) dijual pada harga RM4,299.00.

Lagi artikel di ifon.my  Celcom Menawarkan Apple Watch Siri 3 PERCUMA Kepada Pelanggan Bertuah

Walau bagaimanapun, anda harus bertanya pada pekedai tersebut model manakah yang dijual oleh mereka memandangkan terdapat kes prima facie di mana Apple Malaysia tidak menawarkan jaminan pada iPhone Xs dan iPhone Xs Max bagi Hong Kong dan China Set.

Saya juga berpandangan penurunan harga jualan ini mungkin disebabkan tarikh jualan rasmi bagi iPhone Xs dan iPhone Xs Max di Malaysia dijangka sekitar pertengahan atau akhir bulan ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple Kekal Sebagai Jenama Paling Bernilai Di Dunia

Rest in Peace Steve Jobs (1955-2011)