in

iPhone Xs Max Gagal Memintas Huawei Pro 20 Dalam Skor DxOMark

Hari ini DxOMark telah mengeluarkan skor bagi iPhone Xs Max di mana model terbaharu keluaran Apple ini hanya selesa di kedudukan kedua dengan skor 105.

Huawei P20 Pro nampaknya masih memegang takhta sebagai telefon pintar yang mempunyai skor tertinggi bagi DxOMark iaitu 109.

Screenshot_20181004-002528

Berdasarkan skor yang diperolehi oleh iPhone Xs Max, nampaknya skor yang diperoleh pada iPhone X tidak terlalu jauh dimana skor sebelum ini adalah 97.

Berdasarkan perbezaan yang kecil ini jelas menunjukkan Apple tidak agresif dalam memastikan kualiti kamera mereka mampu menandingi semua telefon pintar yang ada di pasaran.

Saya berpandangan Huawei akan terus mengekalkan kedudukan selaku pengeluar telefon pintar yang mempunyai skor tertinggi bagi segmen kamera untuk tahun 2019 setelah mereka melancarkan Huawei Mate 20 Pro kelak.

Lagi artikel di ifon.my  Samsung Galaxy S10 Plus Berjaya Menewaskan iPhone XS Max Bagi Ujian Prestasi

Apple sejak kebelakangan ini diselubungi masalah pada iPhone Xs mereka termasuklah masalah pengecasan dan kamera.

Saya kurang pasti adakah Apple pada ketika ini hanya menghasilkan produk mewah tanpa memikirkan penghasilan inovasi baharu pada iPhone mereka.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Microsoft Melancarkan Surface Pro 6 Dan Surface Laptop 2

Apple Kekal Sebagai Jenama Paling Bernilai Di Dunia