in ,

Adakah Netizen Menganaktirikan iPhone?

Sebut sahaja iPhone akan ada di kalangan netizen yang memuji dan mengeji telefon pintar keluaran Apple ini. Setakat ini tiada alasan kukuh mengapa ada dikalangan Netizen gemar memburukkan sesuatu jenama tanpa berlandaskan fakta.

Adakah mereka cemburu atau pengalaman lampau membuatkan mereka mengeji sesuatu jenama atau produk?

Saya mengakui terdapat sebilangan dari peminat gadget mempunyai satu sifat yang memuji sesuatu jenama walau hakikatnya produk tersebut bukanlah sempurna, istilah yang sering digunakan dikalangan netizen adalah ifag dan fandroid

Ifag merujuk kepada seorang yang secara terang-terangan taksub dengan produk Apple yang mereka miliki sehingga mereka percaya apa sahaja kenyataan dari Apple walau hakikatnya ia negatif.

Fandroid pula merujuk kepada peminat Android yang menggunakan forum untuk memburukkan iOS dan memperjuangkan Android.

Tidak kira anda di pihak ifag atau fandroid, saya terpanggil untuk berkongsi satu video yang dimuatnaik oleh Jonathan Morrison dalam laman YouTube beliau berhubung isu kualiti kamera pada iPhone Xs Max.

Dalam video berdurasi 6 minit 24 saat ini telah menuntaskan bahawa kebanyakan dari netizen terlalu berfikiran negatif sekiranya ia berkaitan dengan iPhone.

Dalam video itu, beliau pada mulanya memuatnaik gambar potret menggunakan Google Pixel 2 dan ramai yang memuji akan kualiti gambar yang terhasil.

pixel2

Selang beberapa jam beliau sekali lagi menangkap gambar potret dan menggunakan tagline One more Pixel 2 Selfie. Berdasarkan komen di Twitter beliau ramai yang memuji dan mengatakan ia lebih baik dari iPhone Xs Max.

Antara komen yang sempat saya masukkan dalam penulisan termasuklah.

Screenshot_20181008-224131

Screenshot_20181008-224413

Screenshot_20181008-224352

Namun hakikatnya gambar yang beliau tangkap kali kedua adalah dari iPhone Xs Max dan bukanlah Google Pixel 2. Bagi saya inisiatif yang dibuat oleh pemilik YouTube ini telah membuktikan bahawa netizen terlalu berfikiran negatif apabila sesuatu jenama yang mereka kurang minat dipuji.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Menganaktirikan Malaysia?

Saya juga pernah melakukan ujian di mana saya telah menggunakan iPhone X dan Google Pixel 2 XL untuk merakam instaStory di laman Instagram saya @xaviernaxa.

Ramai netizen mengatakan video yang saya rakam adalah dari iPhone X. Hakikatnya video menggunakan Google Pixel 2 XL dan bukan iPhone X.

Saya mengakui ramai pengguna iPhone menyindir Android di mana mereka menggunakan istilah video CCTV. Hakikatnya bukan semua peranti Android menghasilkan video berkualiti CCTV.

Disebabkan pemikiran inilah lahir satu ideologi yang mengatakan hanya iPhone sahaja menghasilkan video yang menarik pada instaStory pada aplikasi Instagram.

Intihanya disini, apabila kita terlalu cepat menghukum sesuatu jenama tanpa bukti dan fakta, disebabkan inilah lahirnya ifag dan fandroid.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

OST iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, iPhone Xs, iPhone Xs Max

Apple Melepaskan Kemaskini iOS 12.0.1 Kepada Pengguna