in

Goldman Sachs- Pendapatan Apple Untuk Suku Ketiga 2018 Merosot

Goldman Sachs hari ini telah berkongsi laporan kepada pihak 9to5mac berhubung prestasi pendapatan bagi Apple untuk fiskal keempat iaitu suku ketiga bagi tahun 2018.

Menurut pengalisis Rod Hall kemerosotan pendapatan Apple berkemungkinan disebabkan jualan iPhone yang lemah di China.

“There are multiple signs of rapidly slowing consumer demand in China which we believe could easily affect Apple’s demand there this fall,” Goldman analyst Rod Hall said in an investor note Sunday.

Though Hall admitted that the smartphone market in China showed some signs of improvement in the second quarter, his forecast for third-quarter unit sales shows a decline of 15 percent year over year. While the analyst expects Apple’s latest phones — including the larger XR and XS Max — to counter some of the softening demand, the overall decline in phone demand could be costly to CEO Tim Cook’s bottom line.

Rod Hall turut menambah permintaan terhadap iPhone terbaharu akan mengimbangi pasaran iPhone di China walaupun ia tidak menyeluruh.

Lagi artikel di ifon.my  Samsung Tampil Dengan Dua Iklan Terbaharu Kesinambungan Dari Iklan Sebelum Ini.

Sebelum ini saya pernah mengeluarkan satu penulisan berhubung sambutan yang lemah pada model iPhone Xs di China.

Ini berkemungkinan disebabkan Pengguna menunggu iPhone Xr atau terdapat faktor lain yang menyebabkan sambutan terhadap iPhone merosot.

apple-iphone-6-2016-ios-10-gallery-img-2-101016-1

Secara peribadi, China merupakan sumber pendapatan utama Apple dalam penjualan iPhone. Tidak hairanlah mengapa Apple mampu menjual iPhone 6 dan IPhone 6 Plus sehingga 220 juta unit.

Ini menuntaskan bahawa China antara negara yang paling berpengaruh dalam menentukan prestasi pendapatan Apple. Saya juga berpandangan perang dagang antara China dan Amerika Syarikat antara salah satu faktor berlakunya kemerosotan ini.

Apple-i-Phone-Xs-line-up-09122018-inline-jpg-large

Berdasarkan rekod, ramai syarikat pengeluar telefon pintar mengalami masalah dari segi jualan.

Lagi artikel di ifon.my  Berapakah Kapasiti Storan iPhone Siri 12

Berbalik kepada tajuk utama tadi, Rod Hall menjangkakan pendapatan diperoleh oleh Apple sekitar $60 hingga $62 billion.

Apple bakal mengumumkan prestasi kewangan pada 2 November 2018. Saya berpandangan Apple masih memperoleh pendapatan yang tinggi, namun jika benar jualan iPhone semakin merosot saya merasakan inilah masalah Apple untuk melihat kembali strategi perniagaan mereka.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

50% Peranti Apple Telah Mengemaskini iOS 12

Wakil Pengedar Sah Apple Mengalami Kekurangan Stok iPhone