in

Wakil Pengedar Sah Apple Mengalami Kekurangan Stok iPhone

Saya ingin berkongsi situasi yang berlaku hari ini apabila saya telah dimaklumkan bahawa kebanyakan wakil pengedar sah Apple mengalami kekurangan stok bagi beberapa model terutama sekali iPhone 7 dan iPhone 7 Plus.

Berdasarkan tinjauan saya di beberapa buah wakil jualan di sekitar Lembah Klang, semua kedai yang telah saya hubungi turut mengalami kekurangan stok.

Setakat ini saya tidak menerima apa-apa maklumat mengapa terdapat kekurangan stok di beberapa wakil penjual, namun besar kemungkinan ia disebabkan Apple bakal melancarkan iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr dalam masa terdekat.

apple-iphone-7-gallery-img-3

Umum mengetahui bahawa Apple telah menyelaras harga baharu bagi iPhone 7 dan iPhone 7 Plus di mana storan 32GB masing-masing dijual pada RM2,199.00 dan RM2,749.00.

Bagi iPhone 8 dan iPhone 8 Plus juga Apple turut menyelaras dengan harga bermula RM2,899.00 dan RM3,299.00.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max Hadir Dengan Kapasiti Bateri Yang Tinggi

Secara peribadi Apple besar kemungkinan menghentikan seketika penjualan beberapa model bagi membolehkan pengguna membeli iPhone model terkini.

Sekiranya anda kurang berkemampuan, bagi saya membeli iPhone 7/Plus masih releven untuk dimiliki walaupun sudah dilancarkan dua tahun.

iphone8-gold-select-2018

Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin membeli iPhone 8/Plus, adalah molek anda membeli iPhone 8/Plus atas sebab-sebab yang saya akan jelaskan pada penulisan akan datang.

Konklusinya, dengan kekurangan stok bagi beberapa model ini, saya merasakan jumlah jualan bagi iPhone Xs dan iPhone Xs Max akan kekal sederhana memandangkan harga jualan yang tinggi serta tiada perubahan yang ketara.

Bagi yang menunggu iPhone 7/Plus nasihat saya, tunggu seketika sehingga stok masuk dan anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli model lain kecuali anda seorang yang berduit.

Lagi artikel di ifon.my  Penerbit Membandingkan Kualiti Video Pada iPhone Xs Max Dengan Kamera Profesional Berharga RM40,000.00

iphonex-front-back-glass-big-jpg-large

Saya juga menerima banyak soalan dari netizen yang mahukan kepastian adakah iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X akan diturunkan lagi harga.

Saya berpandangan, Apple hanya menyelaras harga iPhone sekali setahun. Agak mustahil untuk iPhone tersebut diturunkan lagi kecuali sekiranya wakil pengedar membuat sebarang promosi.

Bagi iPhone X anda harus akur bahawa Apple tidak lagi mengeluarkan model ini. Saya merasakan wakil pengedar Apple boleh menjual pada harga yang mereka rasakan releven memandangkan Apple tidak lagi mengawal harga bagi model tersebut. Model iPhone X yang ada pada ketika ini hanyalah untuk dihabiskan dan tidak lagi ditambah.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Goldman Sachs- Pendapatan Apple Untuk Suku Ketiga 2018 Merosot

iOS 12.1 BETA 4 Sedia Dikemaskini