in

Macbook Air terbaru dilancarkan dengan Retina Display

Apple hari ini melancarkan Macbook Air terbaru dengan pelbagai fungsi baharu. Macbook Air kali ini dilengkapi dengan Retina Display dengan paparan warna yang lebih baik.

rsz-apples-ipad-pro-and-mac-2018-live-event-keynote-watc

Kekunci Macbook Air kali ini menurut Apple mempunyai keyboard dan touchpad yang jauh lebih baik dari Macbook Air sebelumnya menggunakan teknologi generasi ke-3 kekunci Apple.

Ruang bezel di tepi skrin juga telah dikurangkan. Macbook Air baru mempunyai 17% kurang ruang bezel berbanding Macbook Air generasi sebelumnya. Ia untuk memuatkan skrinnya yang berukuran 13.3 inci.

Macbook Air kali ini turut mempunyai  dua USB-C ports, dan 3.5mm bicu audio. Turut disertai adalah teknologi Touch ID dikuasakan oleh cip T2.

Lagi artikel di ifon.my  Acara Khas Apple: iPad Pro Dan MacBook Air?

Laman Jualan Apple Ditutup Bagi Memberi Laluan Kepada Produk Terbaharu

iPad Pro 2018 dilancarkan tanpa Home Button