in

Aipods 2 Telah Menerima Pensijilan Bluetooth Dari SIG

Seperti diketahui Apple baru sahaja mengadakan Acara Khas pada bulan Oktober lepas dimana tiga produk telah diperkenalkan antaranya Macbook Air, Mac Mini dan iPad Pro.

Namun agak mendukacitakan apabila Apple gagal memperkenalkan AirPods 2 dan AirPower.

AirPods kali pertama dijual pada 13 Disember 2016 dan sudah 22 bulan produk ini tidak menerima kemaskini baharu.

AirPower juga menerima nasib yang sama di mana produk ini masih belum dijual secara rasmi walaupun pihak Apple telah memperkenalkan produk ini semasa pelancaran iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus pada September 2017.

Terkini peminat Apple mungkin berasa gembira disebabkan AirPods 2 telah menerima pensijilan Bluetooth dari SIG.

Lagi artikel di ifon.my  Microsoft, Google Dan Apple

Maklumat ini telah dilaporkan oleh MySmartPrice dimana dua model A2031 dan A2032 akan menerima kemaskini Bluetooth 5.0.

Setakat ini belum dipastikan bilakah Apple bakal melancarkan produk ini. Namun besar kemungkinan ia akan dilancarkan pada bulan Mac 2019.

AirPods (1st gen) masih dijual di laman jualan Apple dan Pusat Jualan yang sah dengan tanda harga RM649.00.

Secara peribadi saya berpandangan anda perlu menunggu sedikit masa lagi memandangkan secara kebiasaannya Apple tidak akan melancarkan apa-apa produk pada bulan November dan Disember.

Bulan Mac 2019 merupakan tarikh yang paling sesuai untuk Apple mengadakan acara khas. Namun tidak mustahil bagi Apple terus menjual produk ini tanpa perlu mengadakan sebarang Acara Khas seperti yang berlaku pada tahun lepas.

Lagi artikel di ifon.my  AirPods Masih Antara Produk Paling Laris Setakat Ini

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Nikkei: Apple Memohon Pembekal Untuk Menurunkan Pengeluaran Baharu Bagi iPhone Xr

iPhone Xs Mempunyai Kepantasan Selular Dua Kali Ganda Berbanding iPhone Xr