in

iPhone Xs Mempunyai Kepantasan Selular Dua Kali Ganda Berbanding iPhone Xr

Semalam Nikkei telah melaporkan bahawa Apple telah mengurangkan pengeluaran iPhone Xr akibat sambutan yang kurang menggalakkan.

blue-xr-front-1

Setakat ini belum dapat dipastikan mengapa permintaan terhadap iPhone Xr kurang memberangsangkan. Namun saya berpandangan faktor harga serta permintaan yang tinggi terhadap telefon pintar dari negara China menyebabkan permintaan iPhone Xr lemah.

Terkini PC Magazine telah membandingkan prestasi selular pada iPhone Xs dan iPhone Xs Max dengan iPhone Xr yang mana iPhone Xs dan iPhone Xs Max masing-masing mempunyai kepantasan muat turun sehingga 400Mbps.

Walau bagaimanapun, iPhone Xr hanya mencapai kelajuan muat turun hanya sekitar 200Mbps sahaja.

iphone-xs-max-gold-select-2018-1

Perbezaan ini disebabkan oleh iPhone Xr hanya menyokong 2 x 2 MIMO (Multiple Input, Multiple Output) berbanding iPhone Xs dan iPhone Xs Max yang menyokong 4 x 4 MIMO (Multiple Input, Multiple Output).

Lagi artikel di ifon.my  iPhone XS Max dan iPhone XR 64GB Dijual Pada Harga Bermula RM4,799.00 Dan RM3,199.00 Sahaja

Melalui ujian ini maka jelaslah bahawa iPhone Xs dan iPhone Xs Max mempunyai kelajuan selular dua kali ganda berbanding iPhone Xr.

Adakah patut kita menaik taraf (upgrade) iPhone Xr?

Seperti ulasan saya sebelum ini, bagi pengguna iPhone 6 dan iPhone 6 Plus kebawah yang ingin menaik taraf ke iPhone model terkini. iPhone Xr merupakan model yang paling signifikan untuk dibeli berbanding iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Maka iPhone Xs dan iPhone Xs Max antara pilihan paling sesuai untuk anda.

Konklusinya, saya mengakui bahawa kuasa beli rakyat Malaysia terhadap iPhone flagship Apple bukanlah tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xr Bakal Menjadi Model Terlaris Di Pasaran

Maka dengan membeli iPhone Xr sudah cukup bagi anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu menggunakan iPhone yang menggunakan skrin tanpa bezel.

Kita tidak boleh memaksa pengguna untuk membeli iPhone Xs dan iPhone Xs Max hanya disebabkan model ini menyokong 4 x 4 MIMO. Hatta kita memaksa mereka, maka lebih baiknya kita mencari alternatif kepada pengguna untuk membeli iPhone yang lebih murah dan relevan di pasaran.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Aipods 2 Telah Menerima Pensijilan Bluetooth Dari SIG

Pasaran Modal Apple Menjunam Bawah $1 Trilion