in ,

Nikkei: Apple Memohon Pembekal Untuk Menurunkan Pengeluaran Baharu Bagi iPhone Xr

Menurut sumber dari Nikkei Asian Review, Apple telah memaklumkan kepada pembekal Foxconn dan Pegatron supaya menurunkan sebarang pengeluaran iPhone baharu disebabkan pemintaan yang lemah pada model iPhone Xr.

iphone-xr-db4ab64f9aff45eab10676dbc1ef61c2

“For the Foxconn side, it first prepared nearly 60 assembly lines for Apple’s XR model, but recently uses only around 45 production lines as its top customer said it does not need to manufacture that many by now,” a source familiar with the situation said.

That means Foxconn, the Taiwanese company traded as Hon Hai Precision Industry, would produce around 100,000 fewer units daily to reflect the new demand outlook — down 20% to 25% from the original optimistic outlook, this person said.

Pihak Apple juga telah memaklumkan kepada pembekal Pegatron supaya menghentikan seketika pengeluaran sehingga satu notis yang akan dimaklumkan kelak.

Lagi artikel di ifon.my  Kuo- Permintaan Bagi Pra Tempah iPhone Xr Pada Minggu Pertama Melepasi iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

Berdasarkan laporan ini jelas menunjukkan bahawa permintaan terhadap iPhone Xr agak lemah menyebabkan Apple terpaksa mengambil langkah untuk mengelakkan lebihan stok di pasaran.

Saya secara peribadi agak terkesima dengan sambutan iPhone Xr yang sepatutnya lebih tinggi memandangkan perayaan Krismas akan berlangsung tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, saya berpandangan sambutan yang lemah ini bersifat sementara memandangkan mengikut rekod Apple sering mencatat pertumbuhan yang baik pada suku pertama tahun 2019.

Dengan penurunan sambutan ini sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa pengguna mula mencari alternatif lain untuk membeli telefon pintar selain jenama Apple.

Di Malaysia contohnya, permintaan terhadap telefon pintar Huawei dilihat agak baik berdasarkan maklum balas dan sambutan terhadap telefon pintar mereka.

Lagi artikel di ifon.my  Ramalan Harga Jualan iPhone Xs, iPhone Xs Max, iPhone Xr Dan Apple Watch Siri 4 (GPS) Di Malaysia

Walau bagaimanapun, pasaran iPhone di Malaysia bukanlah besar jika dibandingkan dengan negara China dan Amerika Syarikat. Namun ia sedikit sebanyak memberi signal kepada Apple bahawa pengguna memilih telefon pintar disebabkan oleh harga dan spesifikasi dan bukan jenama semata-mata.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Huawei Menyindir Apple Dan Samsung Berhubung Pengurangan Prestasi Telefon Pintar

Aipods 2 Telah Menerima Pensijilan Bluetooth Dari SIG