in

iPhone XS Max dan iPhone XR 64GB Dijual Pada Harga Bermula RM4,799.00 Dan RM3,199.00 Sahaja

iPhone boleh dikatakan antara telefon pintar sangat sukar mengalami penurunan harga suatu masa dulu. Walaupun iPhone tersebut mencapai umur hampir setahun, namun ia masih kekal dengan harga asal sehinggalah model terbaharu dilancarkan.

Namun sejak Apple mengalami kemerosotan dari segi pendapatan, Apple telah mengambil langkah drastik dengan menurunkan harga bagi iPhone terbaharu di beberapa buah negara termasuklah China dan India.

Malaysia juga tidak kurang hebatnya apabila harga jualan bagi iPhone terkini dan terdahulu mengalami penurunan harga.

iPhone 7 Plus 128GB (Black) sebagai contoh harga jualan rasmi adalah RM3,199.00 namun ia mengalami penurunan sebanyak RM700.00 dan dijual pada tanda harga RM2,499.00 di beberapa buah Apple Authorised Reseller (AAR) di seluruh Malaysia.

Lagi artikel di ifon.my  OpenSignal Mengeluarkan Laporan Berhubung Prestasi Selular Bagi iPhone 5S Hingga iPhone XS Max.

Nampaknya tred penurunan harga bukan terhenti disitu. Kini Thunder Match Technology yang merupakan salah satu AAR di Malaysia turut mengadakan promosi bagi beberapa buah model iPhone terkini dan terdahulu.

Untitled
Berdasarkan semakan di laman sesawang mereka, iPhone XS Max 64GB di jual pada tanda harga RM4,799.00 iaitu pengurangan harga sebanyak RM600.00 berbanding harga rasmi  iaitu RM5,399.00.

Manakala bagi iPhone XS Max 256GB dan 512GB turut mengalami penurunan harga sebanyak RM600.00 dan masing-masing dijual pada harga RM5,499.00 dan RM6,449.00 berbanding harga jualan rasmi RM6,099.00 dan RM7,049.00. Promosi bagi iPhone XS Max ini melibatkan semua variasi warna termasuklah emas, perak dan space grey.

Lagi artikel di ifon.my  DxOMark: Scor Bagi Google Pixel 3 Setaraf iPhone XR

Untitled

Bagi iPhone XR 64GB juga turut mengalami penurunan sebanyak RM400.00 dan masing-masing dijual pada harga RM3,199.00 berbanding harga pasaran RM3,599.00. Walau bagaimanapun ia hanya terhad bagi warna coral dan biru.

 

Untitled

iPhone 6S juga turut mengalami penurunan dan dijual pada harga RM1,249.00 berbanding harga jualan RM1,499.00.

Secara peribadi dengan pengurangan harga yang sangat radikal ini sedikit sebanyak akan memberi kelegaan bagi segelintir peminat Apple untuk membeli model tersebut. Walau bagaimanapun, dengan pengurangan harga ini ia akan menjejaskan harga jualan bagi model terpakai dan akan mengakibatkan kerugian yang sangat tinggi sekiranya mereka mahu menjualnya kelak.

Beli disini: Thunder Match Technology

 

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Ming Chin-Kuo: iPhone 2019 Bakal Hadir Dengan Kapasiti mAh Lebih Tinggi

Peningkatan Penggunaan USB Type-C Menafikan Teknologi Sebelumnya