in

Penjelasan Ringkas Berkenaan eSIM

eSIM atau embedded SIM merupakan kad sim yang tidak mempunyai bentuk fizikal seperti kad sim tradisional.

Terdapat 3 jenis kad sim tradisional yang paling popular antaranya kad sim standard, Micro SIM dan NANO SIM.

SIM-Card-Sizes-1024x460

eSIM pula merupakan cip elektronik yang terkandung di dalam papan litar yang mana ia tidak memerlukan kad sim tradisional untuk mengaktifkan rangkaian perkhidmatan seperti Maxis, Celcom dan Digi.

Setakat ini beberapa syarikat pengeluar telefon pintar telah mengimplementasikan teknologi eSIM dalam telefon pintar mereka. Antara jenama paling popular yang menyokong eSIM termasuklah Apple dan Xiaomi.

134640-phones-feature-what-is-an-esim-and-what-does-it-mean-for

Apa yang menarik pada eSIM ini adalah, pengguna tidak perlu lagi ke Cawangan Telekomunasi untuk mengaktifkan kad sim baharu atau menukar pakej.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Menerbitkan Video Tatacara Penggunaan e-SIM Pada iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

Semua proses pengaktifan, penukaran pakej dan lain-lain boleh dibuat terus melalui atas taliaan atau melalui panggilan dari pusat operator penyedia perkhidmatan. Sebagai contoh:

Ali mempunyai sebuah iPhone Xs, beliau mahu menukar pakej Celcom Gold kepada Celcom Gold Plus, Ali tidak perlu ke cawangan celcom untuk penukaran pakej tersebut. Beliau hanya menukar pada tetapan eSIM pada iPhone Xs sahaja.

Ali juga boleh menukar rangkaian Celcom kepada Maxis dengan hanya membuat tetapan pada iPhone Xs tanpa perlu mencabut kad sim.

Walaupun kemudahan eSIM sedemikian, semua tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan oleh semua pengendali rangkaian.

181116-xiaomi-malaysia-durian-man-esim-malaysia-02

Setakat ini hanya telefon pintar Xiaomi yang menyokong eSIM di Malaysia. Bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr buat masa ini Celcom, Maxis dan Digi masih belum mengumumkan bilakah mereka akan memperkenalkan teknologi ini kepada pengguna seluruh Malaysia.

Lagi artikel di ifon.my  Negara Serta Pembekal Perkhidmatan Yang Menyokong eSIM Bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr

Secara rumusanya, eSIM merupakan teknologi baharu yang menggantikan kad sim tradisional yang mana semua proses pengaktifan, penukaran pakej dan lain-lain dilakukan pada tetapan eSIM pada telefon pintar tanpa perlu ke cawangan telekomunikasi.

Walau bagaimanapun, besar kemungkinan terdapat beberapa terma dan syarat yang perlu dipatuhi sebelum semua kemudahan tersebut dalam digunakan secara total.

Jelas?

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Google Melancarkan Iklan Pixel 3 ‘Unswitchables’ Yang Memfokuskan Penguna iPhone

Gelombang Kedua : Apple Terpaksa Mengurangkan Pengeluaran Bagi iPhone iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr