in

Negara Serta Pembekal Perkhidmatan Yang Menyokong eSIM Bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr

Seperti diketahui, Apple telah melancarkan tiga buah iPhone terbaharu yang mana kebanyakkan model menyokong eSIM.

eSIM atau embedded SIM merupakan cip elektronik yang terkandung di dalam papan litar dimana ia tidak memerlukan kad sim tradisional untuk mengaktifkan rangkaian perkhidmatan seperti Maxis, Celcom dan Digi.

Sekiranya anda belum memahami sepenuhnya berkenaan eSIM boleh klik pada pautan Pejelasan Ringkas eSIM.

Memang tidak dinafikan Maxis dan DurianMan ada menyediakan perkhidmatan eSIM, namun ia tidak menyokong iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr.

Phill Schiller sendiri memaklumkan bahawa mereka akan mengembangkan eSIM ke beberapa buah negara pada tahun 2019.

Hari ini Apple telah mengemaskini senarai negara dan pembekal perkhidmatan yang menawarkan eSIM.

Berikut negara serta pembekal perkhidmatan yang menyokong eSIM:

  • Norway – Telenor
  • Canada – Fido, Lucky Mobile, Rogers
  • Poland – Orange
  • Qatar – Ooredoo, Vodafone
  • Croatia – Hrvatski Telekom
  • Singapore – M1
  • Denmark – 3
  • Spain – Movistar, Orange, Vodafone Spain
  • Estonia – Telia
  • Sweden – 3, Tele2
  • Finland – Telia
  • Switzerland – Sunrise, Swisscom
  • Taiwan – APT
  • Hong Kong – 1O1O, csl, China Mobile Hong Kong, SmarTone, 3
  • Thailand – AIS, dtac, True Move H
  • United Arab Emirates – du, Etisalat, Virgin Mobile
  • Kuwait – Ooredoo
  • United States – Verizon, AT&T
Lagi artikel di ifon.my  Media China Melaporkan Apple Bakal Memperkenalkan iPhone XS, iPhone XS Plus dan iPhone XC

Berdasarkan senarai di atas, Malaysia masih belum mendapat lampu hijau dari Apple bagi teknologi eSIM ini.

Saya berkesempatan untuk menciap beberapa syarikat telekomunikasi berkenaan eSIM pada ketiga-tiga model iPhone ini.

Berdasarkan maklum balas, mereka dalam proses ke arah itu.

Secara peribadi saya menjangkakan eSIM akan berada di Malaysia sekitar suku kedua tahun 2019.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 12.1.2 Public Beta Sedia Untuk Dikemaskini

Aplikasi Tumblr Kembali Di App Store