in

Gelombang Kedua : Apple Terpaksa Mengurangkan Pengeluaran Bagi iPhone iPhone Xs, iPhone Xs Max Dan iPhone Xr

Apple sebelum ini dilaporkan bahawa mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran bagi iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr akibat permintaan yang lemah.

i-Phone-XR-vs-i-Phone-XS-vs-i-Phone-XS-Max

Walaupun pengeluaran iPhone telah dikurangkan seperti yang diharapkan. Hari ini Digitimes telah mengeluarkan laporan bahawa Apple dijangka mengurangkan pengeluaran iPhone Xs, iPhone Xs Max dan iPhone Xr untuk kali kedua akibat pemintaan yang terus lemah.

Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesan negatif kepada pengeluar komponen iPhone di Taiwan kesan dari pengurangan ini.

Apple has reportedly enforced a second wave of order reduction in the wake of weaker-than-expected sales for its new iPhones [and] many other Taiwan supply chain partners are beginning to feel the pinch in November.

iPhone camera lens supplier Largan Precision, for instance, has estimated its November revenues will fall from October. Career Technology, a supplier of flexible PCBs for iPhones, have recently laid off 110 dispatched workers to cope with order cuts by Apple

An iPhone assembler has also advanced its workforce trimming project, seeking to reduce personnel cost and other expenses to counter the greater-than-expected reduction of orders.

Pengeluar cip pemprosesan Apple TSMC juga dilaporkan terkesan dengan pengurangan ini yang akhirnya akan memberi implikasi kepada pendapatan syarikat.

Lagi artikel di ifon.my  Semua tentang iPhone 2018 yang kita tahu setakat ini

tsmc-ed

Bulan November antara bulan yang paling tragis bagi Apple memandangkan pelbagai dugaan yang berlaku selepas kenyataan bahawa mereka tidak lagi mengumumkan jumlah unit bagi produk Apple yang terjual.

Akibat dari pengumuman ini, saham Apple terus menjunam dengan signifikan yang mengakibatkan modal pasaran Apple merosot dari $1 Trilion kepada $829B pada ketika ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Penjelasan Ringkas Berkenaan eSIM

Microsoft Memintas Apple Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia