in

Apple: iPhone Xr Antara iPhone Paling Laris Sejak Ia Dilancarkan

Sebelum ini beberapa laporan telah menyatakan bahawa permintaan terhadap iPhone Xr sangat lemah yang menyebabkan Apple terpaksa mengurangkan pengeluaran bagi model ini.

Nampaknya laporan ini telah dinafikan oleh Timbalan Presiden Permasaran Produk Apple iaitu Greg Joswiak semasa wawancara bersama CNET hari ini.

68187-500

Dalam wawancara tersebut, Greg Joswiak telah memaklumkan bahawa iPhone Xr merupakan model terlaris sejak ia dilancarkan pada bulan Oktober yang lepas.

Greg Joswiak, Apple vice president of product marketing, told CNET in an interview Wednesday that the [iPhone XR] has “been our most popular iPhone each and every day since the day it became available.”

Walaupun beliau memaklumkan bahawa iPhone Xr antara iPhone paling terlaris di pasaran. Namun beliau tidak menyatakan jumlah iPhone Xr yang terjual pada ketika ini.

apple-iphone-xr-64gb-red-2

Dengan kenyataan Apple ini, kita boleh merumuskan bahawa permintaan terhadap iPhone Xr masih baik walaupun berdepan dengan persaingan sengit dengan jenama dari China terutama sekali Huawei.

Lagi artikel di ifon.my  Kos Penghasilan iPhone Xs Max 256GB Adalah Sekitar RM1,834.00

Namun dengan tidak menyatakan jumlah unit yang terjual, sedikit sebanyak memberi persoalan adakah sasaran jualan Apple telah tercapai?

Sama-sama kita lihat nanti.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Microsoft Memintas Apple Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia

iPhone 7 Plus Dijual Pada Harga RM2,499.00