in , ,

Mengapa iPhone 5S Tidak Terlibat Dalam Program Penukaran Bateri? Dan Adakah Wajar Kita Menukar Bateri.

Sejak akhir-akhir ini isu berkenaan Apple memperlahankan prestasi iPhone menjadi satu topik hangat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Sejak dari itu, ramai pengguna iPhone mengeluarkan pelbagai pandangan yang negatif dan positif.

Bermula dari isu inilah, ramai pengguna iPhone telah membuat kesimpulan sendiri bahawa iPhone mereka perlahan disebabkan oleh tektik kotor dari Apple.

iphone-5s-front

Namun, anda perlu memahami cerita sebenar sebelum anda mengeluarkan sesuatu kenyataan yang boleh memberi impak negatif kepada pengguna iPhone yang lain.

Hakikatnya kes ini berlaku pada iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X. Ini bermakna iPhone 5S kebawah tidak mengalami isu yang dibangkitkan sebelum ini.

Pihak Apple dalam kenyataan mereka sebelum ini telah memaklumkan bahawa pihak mereka telah melepaskan kemaskini iOS 10.2.1 dimana terkandung satu fungsi yang mengawal jumlah tenaga di dalam iPhone bagi mengelakkan unexpected shutdown atau iPhone terpadam dengan sendirinya.

Lagi artikel di ifon.my  Android Mendominasi Pasaran Malaysia Bagi Tahun 2018

51_UH1lt_GP8_L

Disebabkan oleh fungsi inilah, iPhone anda mengalami penurunan prestasi sekiranya kuasa bateri anda berada di tahap puncak.

Anda juga perlu mengetahui bahawa bateri iPhone mempunyai jangka hayat. Tidak ada bateri telefon dalam dunia ini mampu bertahan lama.

Bateri iPhone secara hanya mampu bertahan 500 kali cas kitaran penuh. Ini bermakna bateri anda berkemungkinan akan mengalami penurunan selepas 24 bulan penggunaan.

Screen_Shot_2018-06-01_at_8.57.56_AM_1024x1024
Harga Penukaran Bateri Oleh Machine Malaysia

Jika iPhone 5S ada mengalami masalah jangka hayat yang pendek, sila buat pemeriksaan secara kendiri dahulu dengan restore kembali iPhone kepada asal.

Sekiranya IPhone anda bertahan lebih lama berbanding sebelum ini, bermakna bateri anda masih sihat untuk digunakan.

Namun jika iPhone 5S anda mengalami jangka hayat pengguna yang rendah. Anda boleh membuat penukaran di Pusat Servis Apple yang sah pada harga RM349.00.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 2018 Bakal Hadir Dengan Storan 512GB Dan Bakal Menyokong Apple Pencil

Walau bagaimanapun, penukaran bateri bagi iPhone 5S hanya mengembalikan jangka hayat bateri anda seperti sediakala.

Bagi pengguna yang iPhone 6 dan ke atas Saya akui bahawa penukaran bateri iPhone akan meningkatkan prestasi . Namun janganlah anda fikir apabila menukar bateri iPhone 6 ia boleh selaju iPhone 6S.

Kelajuan iPhone akan tetap sama. Ia hanya mengembalikan prestasi iPhone kembali ke tabii asal. Anda juga tidak perlu membuat penukaran panik memandangkan promosi ini sah sehingga 31 Disember 2018.

Namun, pada bulan September ini pihak kerajaan akan mengenakan cukai SST, tidak pasti adakah harga bagi penukaran bateri ini akan naik atau sebaliknya.

Konklusinya, sebelum apa-apa keputusan dibuat anda buatlah kajian sendiri terlebih dahulu. Kadang-kadang iPhone anda tiada masalah pun. Yang bermasalah sebenarnya adalah anda.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Sedikit Fakta Berkenaan Apple

Penganalisis Menjangka Sebanyak 350 juta unit iPhone Akan Dinaik Taraf Oleh Pengguna