in , , , ,

Samsung Galaxy Note 9 Mempunyai Daya Tahan Bateri Terkuat Berbanding iPhone X dan OnePlus 6

Seperti yang diketahui umum, Samsung baru sahaja melancarkan Galaxy Note 9 yang merupakan model flagship terbaru mereka. 

Terkini, satu laman YouTube Mrwhosethebos yang mempunyai jumlah pengikut seramai 1.4 juta telah membuat ujian berkaitan ketahanan bateri. 

Sebanyak lima model telefon pintar flagship yang dipertaruhkan antaranya Samsung Galaxy Note 9, Samsung Galaxy S9+, iPhone X, Huawei P20 Pro, dan OnePlus 6. 

Jika dilihat dari segi kapasiti bateri, Samsung Galaxy Note 9 dan Huawei P20 Pro mempunyai kapasiti bateri sebanyak 4,000 mAh, Samsung Galaxy S9+ 3,500 mAh, OnePlus 6 3,300 mAh dan iPhone X 2,716 mAh. 

Penguji telah membuat ujian dengan pelbagai jenis kaedah bagi melihat sejauh mana bateri bagi semua telefon pintar ini dapat bertahan. 

Lagi artikel di ifon.my  Pra Tempah OnePlus 6T Edisi McLaren Pada Harga RM3,388.00

Berdasarkan ujian yang telah dibuat iPhone X berada di kedudukan ke-5 dimana masa diambil untuk bateri tersebut habis sepenuhnya adalah selama 4jam 16minit. 

Di tempat ke-4 dimenangi oleh Samsung Galaxy S9+ 4 jam 28 minit, ke-3 OnePlus 6 4 jam 31 minit, ke-2  Huawei P20 Pro 4 jam 46 minit dan tempat pertama dimenangi oleh Samsung Galaxy Note 9 iaitu selama 5 jam 21 minit.

Walaupun kita melihat iPhone X berada di kedudukan paling akhir. Kita harus kagum dengan tahap kapasiti bateri yang hanya berkapasiti 2,716 mAh jauh ketinggalan berbanding OnePlus 6 3,300mAh dan Samsung Galaxy S9+ 3500mAh.

Screenshot_20180817-164405
Galaxy Note 9 masih beroperasi disaat semua telah kehabisan bateri

Kesemua telefon pintar ini menggunakan Android sebagai sistem operasi mereka kecuali iPhone X yang menggunakan iOS.

Lagi artikel di ifon.my  Rekaan iPhone X1 Dan iPhone X1 Max Dan Era Kepupusan 3D Touch

Walaupun ujian ini bukanlah terlalu signifikan, namun anda mungkin boleh mendapatkan sedikit info berhubung ketahanan bateri bagi kesemua model yang diuji ini. 

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: Mrwhosethebos

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

PowerMac G4 Cube & Era Kegemilangan Apple

Microsoft antara pencetus terciptanya iPhone