in

Program Penukaran Bateri: Kepada Pengguna iPhone, Mohon Jangan Menyesal

Tinggal 15 hari sahaja lagi tahun 2018 bakal melabuhkan tirainya. Pada tempoh ini jugalah maka berakhirlah Program Penukaran Bateri bagi iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.

Kali ini saya tidak mahu menulis panjang berkenaan Program Penukaran Bateri iPhone. Cuma mahu memberi kesedaran kepada anda bahawa pentingnya anda menukar bateri.

Pertama sekali anda perlu faham mengapa Apple mengadakan program seperti ini.

Pihak Apple dalam kenyataan mereka sebelum ini telah memaklumkan bahawa mereka telah melepaskan kemaskini iOS 10.2.1 dimana terkandung satu tetapan yang mengawal sejumlah tenaga di dalam iPhone bagi mengelakkan unexpected shutdown atau iPhone terpadam dengan sendirinya.

Sekiranya bateri anda telah mencapai kapasiti maksimum 79% atau kondisi bateri kurang baik. Kebarangkalian iPhone terpadam dengan sendirinya agak tinggi.

Walau bagaimanapun, anda boleh menangani masalah ini telah mengaktifkan fungsi Power Management namun akibatnya prestasi iPhone anda akan perlahan.

Saya akui bukan semua pengguna iPhone mempunyai wang yang cukup untuk membuat penukaran ini. Namun dengan harga RM121.00 bagi saya ia satu pembelian yang sangat berbaloi.

Mungkin ada dikalangan pembaca sudah jemu dan muak dengan penulisan saya berkenaan program bateri. Namun bagi saya amatlah wajar untuk saya ingatkan anda sebelum terlambat.

Lagi artikel di ifon.my  Adakah Bateri iPhone Anda Bermasalah Jika Kerap Bermain Game?

Adakah anda tahu bahawa selepas 31 Disember 2018 harga bateri iPhone berkemungkinan meningkat sehingga RM349.00 ke atas.

Jika harga RM349.00 tidak menjadi masalah, anda tidak perlu kuatir untuk membuat penukaran pada masa akan datang.

Namun apa yang saya risaukan adalah, setelah harga bateri iPhone meningkat, kebarangkalian pengguna iPhone menukar bateri tiruan di kedai selain Pusat Servis Apple adalah tinggi.

Tahukah anda penggunaan alat ganti tiruan terutama sekali bateri akan memudaratkan iPhone?

Saya akui bukan semua kedai menjual bateri tiruan, namun bagaimana anda yakin bahawa mereka menjual bateri asli tanpa ada dokumen hitam dan putih?

Sudah-sudahlah hidup kita diperdayakan dan ditipu mentah-mentah. Jadilah diri kita seorang yang matang dan sering cakna dalam segala hal.

Alangkah baiknya jika anda membuat penukaran bateri pada ketika ini memandangkan harga ditawarkan cukup berpatutan.

Antara kebaikan yang anda peroleh setelah membuat penukaran bateri adalah:

  1. Prestasi iPhone kembali normal
  2. Jangka hayat bateri bertambah
  3. Risiko iPhone terpadam sendiri rendah
  4. Kapasiti maksimum bateri naik 100%

Selain itu juga, sekiranya anda menghantar iPhone untuk membuat penukaran dan pihak mereka mendapati bateri iPhone anda kembung atau bermasalah peluang anda mendapat iPhone baharu adalah tinggi.

Sebagai contoh, sekiranya iPhone 6 16GB anda bermasalah, mereka akan ganti dengan iPhone 6 16GB (replacement set) kepada anda dengan kadar bayaran hanya RM199.00.

Adakah itu sesuatu yang menguntungkan bukan?

Lagi artikel di ifon.my  Anda Boleh Pra Tempah iPhone Xs Dan iPhone Xs Max Bermula Sekarang Dengan Harga Sekitar RM4,137.35 Sahaja.

Berdasarkan maklum balas yang telah saya lakukan di laman Twitter . Seramai 2072 pengguna telah menjawab soal selidik dan seramai 352 orang atau 17% dari keseluruhan responden telah mendapat gantian iPhone baharu.

Screenshot-20181216-045234

Bagi pembaca yang masih belum memahami berkenaan Program Penukaran Bateri iPhone ini. Boleh terus membacanya di pautan berikut.

  1. Program Penukaran Bateri Dan Syaratnya
  2. Mengapa iPhone 5s Tidak Terlibat Dengan Program Ini

Intihanya, rebutlah peluang keemasan ini. Saya langsung tidak mendapat sebarang bentuk bayaran atau komisen sepanjang program ini berlangsung.

Matlamat saya hanyalah satu supaya anda dapat gunakan iPhone semaksimum mungkin tanpa perlu membazirkan wang untuk menaiktaraf iPhone baharu.

Selain itu iPhone anda juga bebas dari penggunaan alat ganti tiruan yang mana ia akan memudaratkan iPhone anda pada masa akan datang.

Ingat, peluang bukan datang selalu, rebutlah selagi ia ada.

Iklas

xaviernaxa
Penulis ifon.my
Pentadbir Kelantan Apple Trader (FB)
Moderator Apple User Group (FB)
Twitter: @xaviernaxa

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pra Tempah OnePlus 6T Edisi McLaren Pada Harga RM3,388.00

iPhone X 64GB Dijual Pada Harga RM3,599.00