in

iPhone X 64GB Dijual Pada Harga RM3,599.00

Umum mengetahui bahawa iPhone X telah ditamatkan pengeluaran pada September 2018.

Namun model ini masih dijual di Pusat Jualan Apple yang sah dengan harga RM4,299.00 bagi 64GB dan RM4,999.00 (256GB).

5-B98-AF38-3-C03-44-DD-9-CAA-5-A366-FA01-B4-F

Hari ini pihak Switch Malaysia tidak melepaskan peluang untuk mengadakan promosi bagi iPhone X 64GB (Space Grey) yang dijual serendah RM3,599.00 sahaja.

Penurunan harga sehingga RM700.00 sudah cukup mengembirakan hati peminat setia produk Apple.

iPhone X dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A11 Bionic, 3GB RAM, skrin 5.8 inci serta hadir dengan kapasiti bateri 2716 mAh.

iPhone X juga antara perintis kepada teknologi Face ID dan model iPhone pertama yang menggunakan skrin OLED.

Setakat ini promosi ini hanya sah untuk storan 64GB dan Space Grey. Belum dipastikan adakah storan 256GB turut akan mengalami penurunan.

Lagi artikel di ifon.my  Seng Heng Membuat Potongan Harga RM400 Bagi iPhone X

Namun dengan harga RM3,599.00 bagi sebuah iPhone X sudah cukup murah untuk dibeli oleh peminat setia iPhone.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Program Penukaran Bateri: Kepada Pengguna iPhone, Mohon Jangan Menyesal

iOS 12.1.2 Sedia Untuk Dikemaskini