in

Case iPad Mini 5 Tertiris?

Setelah sekian lama Apple tidak membuat perubahan radikal pada rekaan iPad Mini . Hari ini Slashleaks telah berkongsi beberapa keping gambar yang dikatakan iPad Mini 5.

ipadminicase1

Berdasarkan gambar di atas, jelas kelihatan kedudukan kamera hampir sama seperti iPad Pro 2018.

ipadminicase2Dari segi kedudukan lubang pengecasan ia menunjukkan bahawa Apple bakal mengecualikan 3.5m bicu audio serta hadir dengan empat pembesar suara stereo.

ipadminicase3
iPad Mini 5 ini juga dikatakan akan menyokong smart keyboard sama seperti iPad Pro 2018. Saiz iPad Mini 5 dijangka akan kekal pada 7.9inci.

iPad Mini 5 dijangka akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A12 Bionic, 3GB RAM, Liquid Retina serta hadir dengan Face ID.

Lagi artikel di ifon.my  Apple Melancarkan iPad Mini Dan iPad Air Terbaharu

Setakat ini belum dipastikan kesahihan gambar tersebut. Namun sekiranya ia benar, Apple mungkin akan melancarkan model ini pada suku pertama tahun 2019 bersama-sama AirPods generasi kedua serta AirPower.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

DxOMark: Scor Bagi Google Pixel 3 Setaraf iPhone XR

Telefon Pintar Essential Phone Dihentikan Pengeluaran