in

iPad Mini 5 Hadir Dengan Rekaan Yang Sama Seperti iPad Mini 4

Satu berita bagi saya amat menyedihkan apabila Apple dikhabarkan akan memperkenalkan iPad Mini 5 dengan menggunakan rekaan sama seperti iPad Mini 4.

Ini dibuktikan dengan laporan dari MacOtakara di mana pengeluar aksesori menyebut bahawa rekaan iPad Mini 5 hampir sama dengan iPad Mini 4.

i-Pad-Mini4-Pure-Angles-Gld-WW-EN-PRINT

Selain itu, iPad Mini 5 masih menggunakan Touch ID, lubang pengecasan lightning dan 3.5mm headphone jack. Selain itu, belum dapat dipastikan sama ada iPad Mini 5 bakal menyokong Apple Pencil.

Namun jika dilihat dari segi laporan, kemungkinan iPad Mini 5 tidak menyokong Apple Pencil.

The iPad mini 5 is not going to be the most exciting of updates according to recent reports. Macotakara says informed accessory manufacturers indicate the new iPad mini will look almost identical to the iPad mini 4 design […]

Retaining mostly the same external design, it will purportedly keep the Lightning connector, Touch ID and the 3.5mm headphone jack. It will feature the same bezels and overall dimensions will not substantially change

Sekiranya khabar angin ini tepat, saya menjangkakan iPad Mini 5 akan menggunakan cip pemprosesan Apple A10 Fusion, LED-backlit IPS LCD dan besar kemungkinan akan menggunakan spesifikasi hampir sama seperti iPhone 7.

Lagi artikel di ifon.my  Case iPad Mini 5 Tertiris?

Setakat ini belum dipastikan berapakah tanda harga bagi produk “besi buruk” ini. Namun saya masih meramalkan akan turun sedikit namun tidak terlalu rendah memandangkan Apple cuba menaikkan status bagi semua produk mereka.

Main-0023

Kali pertama Apple melancarkan iPad Mini adalah pada tahun 2012. Sejak dari itulah mereka membawa rekaan ini hingga saya naik muak dengan strategi dibawa Apple.

Kita bakal melihat sama ada khabar angin ini benar atau sebaliknya sekitar Mac atau Oktober kelak. Namun jika benar, saya antara individu yang akan mengkritik produk besi buruk ini habis habisan.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Huawei Dikatakan Cuba Menciplak Teknologi Apple Watch Dari Apple

iOS 12.2 BETA 3 Sedia Untuk Dikemaskini