Semalam saya ada menerbitkan satu penulisan berhubung pengurangan harga bagi iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone XR, iPhone XS Max Dan iPhone XS.
Hari ini peruncit di China antaranya JD.com dan Suning mula menyelaras harga iPhone di mana iPhone 8 dan iPhone 8 Plus menerima potongan harga sehingga 20% dan iPhone XR 17%.
Dengan pengurangan harga ini iPhone 8 64GB dijual pada harga 3,999.00 yuan atau sekitar RM2,424.81 dan iPhone XR 64GB dijual pada harga 5,399.00 yuan atau RM3,273.73.
Walaupun harga iPhone mengalami penurunan, Apple masih mengekalkan harga iPhone di laman atas jualan merek.
Sekiranya pengguna mahukan potongan harga ini mereka boleh terus membelinya melalui peruncit di China.
SEKADAR PANDANGAN