in

HTC dan Sony Experia Mengesahkan Kemaskini Android Pie Dalam Masa Terdekat

Seperti diketahui umum bahawa Google secara rasmi telah menamakan Android P sebagai Android Pie di mana telefon pintar Google Pixel dan Essential akan memperoleh versi rasmi dalam masa terdekat.

Namun, selepas pengumuman oleh pihak Google, beberapa jenama besar lain masih membisu berhubung sokongan bagi sistem operasi terkini ini. 

Semalam, satu khabar yang agak menggembirakan pengguna HTC dan Sony Experia di mana mereka secara rasmi telah menyenaraikan model peranti yang akan menerima kemaskini ini dalam masa terdekat.

Berdasarkan kenyataan oleh pihak HTC, mereka mengesahkan beberapa model akan menerima Android Pie walaupun pihak mereka tidak menyatakan tarikh khusus bagi pengemaskinian ini.

Berikut merupakan senarai model terpilih:

  • HTC U12+
  • HTC U11
  • HTC U11+
  • HTC U11 Life (Android One)+
Lagi artikel di ifon.my  Google Melancarkan Iklan Pixel 3 ‘Unswitchables’ Yang Memfokuskan Penguna iPhone

Manakala bagi model Sony Experia pula, berikut merupakan senarai telefon pintar yang bakal menerima kemaskini ini bermula September dan berakhir pada November ini.

  • Sony Xperia XZ1
  • Sony Xperia XZ1 Compact
  • Sony Xperia XZ1 Premium
  • Sony Xperia XZ2
  • Sony Xperia XZ2 Compact
  • Sony Xperia XZ2 Premium

Bagi model selain jenama yang dinyatakan di atas, belum dapat dipastikan bilakah mereka akan membuat pengumuman ini. Walau bagaimanapun, saya akan terus mengemaskini laporan ini dari masa ke semasa

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: 9to5Google

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iOS 11.4.1 Menyelesaikan Masalah Penurunan Bateri iPhone?

iOS 11.4 Mengakibatkan Masalah Pada Fungsi Kamera.