in ,

Huawei Dikatakan Cuba Menciplak Teknologi Apple Watch Dari Apple

Isu menciplak teknologi sudah tidak asing lagi dalam industri teknologi pada ketika ini.

Terkini satu kenyataan dikeluarkan oleh MacRumors bahawa, Jurutera Huawei yang bertanggungjawab terhadap pembangunan jam pintar telah berjaya menjejaki pembekal sensor denyutan jantung.

Modus operandi yang dilakukan oleh jurutera tersebut adalah dengan menyusun satu mesyuarat yang mana mereka menjanjikan kontrak pembekalan perkilangan yang sangat lumayan kepada pembekal tersebut.

Walau bagaimanapun, semasa mesyuarat berlangsung Jurutera tersebut hanya mempersoalkan tentang Apple Watch.

The Huawei engineer attended the supplier meeting with four Huawei researchers in tow. The Huawei team spent the next hour and a half pressing the supplier for details about the Apple Watch, the executive said.

“They were trying their luck, but we wouldn’t tell them anything,” the executive said. After that, Huawei went silent.

Walaupun kaedah yang dilakukan oleh Huawei adalah salah, ia dinafikan oleh jurucakap Huawei, bahawa syarikat tidak melakukan apa-apa kesalahan dan dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan, pekerja Huawei perlu mencari dan menggunakan maklumat yang tersedia secara terbuka dan menghormati harta intelektual pihak ketiga mengikut garis panduan yang telah termaktub.

Lagi artikel di ifon.my  Huawei Menyindir Apple Dan Samsung Berhubung Pengurangan Prestasi Telefon Pintar

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Rangkuman Acara Khas Apple Mac 2019

iPad Mini 5 Hadir Dengan Rekaan Yang Sama Seperti iPad Mini 4