in

Adakah Anda Salah Seorang Keldai Kepada Sindiket Penipuan Pembelian Telefon Pintar?

Hari ini saya terpanggil untuk mengulas kembali berhubung kes penyalahgunaan kad pengenalan bagi pembelian telefon pintar dari syarikat telekomunikasi.

Jika anda pernah membaca penulisan saya sebelum ini berkaitan Pembelian Telefon Pintar Set Telco, saya pernah menjelaskan modus operandi yang digunakan oleh sindiket tersebut.

Semasa penulisan tersebut ditulis, saya tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh. Namun hari ini (16 Mac 2019), seorang pengguna telah memuat naik laporan polis berhubung penyalahgunaan kad pengenalan bagi pembelian telefon pintar dari syarikat telekomunikasi.

IMG-20190316-WA0002

Berdasarkan laporan yang dibuat, mangsa melaporkan bahawa beliau telah dibayar sebanyak RM150.00 dengan syarat kad pengenalan beliau digunakan untuk pembelian telefon pintar yang bukan miliknya.

Pelaku yang merupakan seorang lelaki berketurunan cina telah memperdayakan mangsa dengan mengatakan bahawa penggunaan kad pengenalan bagi tujuan pendaftaran bagi tidak memberi apa-apa masalah dan jika berlaku sekali pun ia hanya melibatkan syarikat telekomunikasi itu sendiri.

Kes ini berlaku pada tahun 2016 dan mangsa mula merasakan bahawa beliau telah ditipu dan telah membuat laporan polis pada tahun yang sama.

Namun sehingga kini kes ini belum selesai dan mangsa terpaksa menanggung hutang tertunggak beribu ringgit akibat dari kecuaian ini.

Lagi artikel di ifon.my  Bagaimana Mahu Menonton Acara Pelancaran iPhone 2018

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh mangsa, saya terpanggil untuk berkongsi pandangan saya berkenaan pentingnya anda menjaga kad pengenalan dan maklumat peribadi anda.

Modus operandi yang dilakukan oleh Pelaku ini sungguh mudah di mana mereka menjadikan anda “Keldai” yang membolehkan mereka membeli telefon pintar dengan harga yang sangat murah.

Sebagai ganjaran anda diberikan upah bagi menutup tektik penipuan ini. Ini bukan kes terpencil, saya yakin ramai dikalangan dari kita menjadi mangsa kepada tektik penipuan ini.

Anda mungkin tidak menyedari perkara ini memandangkan anda tidak membuat sebarang permohonan yang berkaitan dengan CRISS atau CTOS. Oleh sebab itulah anda tidak tahu bahawa anda telah disenarai hitam oleh pihak telekomunikasi.

Bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa penipuan ini, beberapa perkara yang harus anda patuhi sekiranya ia melibatkan penggunaan data peribadi anda.

Sekiranya anda ingin mendaftar nombor telefon yang baharu, elakkan dari membeli kad sim di kedai-kedai yang meragukan,contoh di pasar malam atau kawasan terbuka. Sila beli atau daftar nombor telefon baharu anda di cawangan yang sah dan ia boleh dirujuk di laman web rasmi mereka.

Lagi artikel di ifon.my  Kenali semua CEO Apple

Semasa proses pendaftaran pakej atau nombor telefon baharu, sekiranya kakitangan syarikat telekomunikasi memerlukan salinan kad pengenalan anda, pastikan salinan kad pengenalan anda telah dicop “URUSAN TELEKOMUNIKASI” atau berkaitan bagi mengelakkan penyalahgunaan pada masa hadapan.

Jangan mudah memberikan maklumat peribadi anda sekiranya terdapat rakan atau individu yang meragukan memerlukan butiran peribadi anda.

Kes ini hakikatnya semakin meningkat disebabkan oleh beberapa pakej yang menarik yang membolehkan Pelaku menggunakan anda sebagai Keldai mereka.

Sasaran utama sindiket ini adalah pada individu yang kurang cakna atau cetek dalam perkara ini. Ditambah pula dengan ganjaran berbentuk wang tunai yang menyebabkan seseorang itu buta mata yang akhirnya akan memudaratkan diri pada masa hadapan.

Saya harap dengan penjelasan ini sekurang-kurangnya anda dapat memperkemaskan diri anda bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa penipuan.

Ingat, anda harus cakna jika berkaitan data peribadi lebih-lebih lagi kad pengenalan. Sekali anda tersilap langkah,tiada jalan untuk undur kembali.

Gambar di paparkan hadapan hanyalah sekadar illustrasi dan tidak mempunyai kaitan dengan penulisan ini.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone 7 128GB (Black) Dijual Serendah RM1,999.00 Sahaja.

Apple Melancarkan iPad Mini Dan iPad Air Terbaharu