in ,

Apple Melancarkan iPad Mini Dan iPad Air Terbaharu

Sesuatu yang agak mengejutkan apabila Apple hari ini telah melancarkan model terbaharu bagi iPad Mini dan iPad Air sedangkan pada 26 Mac 2019 mereka bakal mengadakan Acara Khas.

iPad Mini generasi kelima ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple A12 Bionic, Touch ID, skrin bersaiz 7.9 inci serta menyokong Apple Pencil dan eSIM.

Screenshot-20190318-211702

iPad Mini terbaharu ini masih mengekalkan lubang pengecasan lightning , hadir dengan kapasiti storan 64GB dan 256GB serta mempunyai tiga variasi warna iaitu Space Grey, Perak dan Emas.

Harga bagi iPad Mini adalah seperti berikut:

  1. iPad Mini 64GB (Wi-Fi) / RM1,699.00
  2. iPad Mini 256GB (Wi-Fi) / RM2,349.00
  3. iPad Mini 64GB (Wi-Fi + Selular) / RM2,249.00
  4. iPad Mini 256GB (Wi-Fi + Selular) /RM2,899.00
Lagi artikel di ifon.my  iPad Mini 5 Hadir Dengan Rekaan Yang Sama Seperti iPad Mini 4

Apple juga turut memperkenalkan iPad Air versi terbaharu yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Apple A12 Bionic, skrin 10.5 inci, kamera 8- megapiksel,serta menyokong Apple Pencil dan eSIM.

Screenshot-20190318-212524

iPad Air hadir dengan storan 64GB dan 256GB serta mempunyai tiga variasi warna iaitu Space Grey, Perak dan Emas.

Harga ditawarkan adalah seperti berikut

  1. iPad Air 64GB (Wi-Fi) / RM2,199.00
  2. iPad Air 256GB (Wi-Fi) / RM2,849.00
  3. iPad Air 64GB (Wi-Fi + Selular) / RM2,749.00
  4. iPad Air 256GB (Wi-Fi + Selular) / RM3,399.00

Secara peribadi saya lihat Apple masih kekal dengan corak ini seperti yang berlaku pada beberapa produk lain terutama iPhone.

Saya sudah tidak mampu untuk mengkritik Apple lagi. Diharap Apple maju dan berjaya.

Lagi artikel di ifon.my  iPad Generasi Kelapan Telah Mendapat Kelulusan Jualan Di Malaysia

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Adakah Anda Salah Seorang Keldai Kepada Sindiket Penipuan Pembelian Telefon Pintar?

Samsung Galaxy S10 Plus Berjaya Menewaskan iPhone XS Max Bagi Ujian Prestasi