in ,

Microsoft Sedang Mengejar Apple Dalam Menjadi Syarikat Yang Mempunyai Modal Pasaran Tertinggi

Sesuatu yang telah dijangka apabila pasaran modal Apple mengalami penyusutan mendadak dengan modal pasaran hanya $820B setakat dicatat pada jam 12.55am waktu tempatan.

Penurunan ini berkemungkinan disebabkan kelemahan permintaan bagi ketiga-tiga iPhone terbaharu mereka.

Akibat daripada masalah ini, Apple dijangka akan menurunkan harga bagi iPhone Xr serta menjual kembali iPhone X yang telah dihentikan pada September lepas.

Akibat dari kesan inilah besar kemungkinan modal pasaran Apple berada dalam situasi kurang baik dan ini memberi kelebihan kepada Microsoft untuk mengejar rapat.

Setakat ini modal pasaran Microsoft diniagakan sekitar $790B dan hanya berbeda $30B sahaja untuk melepasi Apple.

Sekiranya Apple kekal dengan momentum seperti ini. Tidak mustahil Microsoft mampu menjadi antara syarikat terawal yang mampu melepasi Apple.

Lagi artikel di ifon.my  Majoriti Berpuas Hati Dengan Kemas Kini iOS 14.2

Adakah Apple mampu memulihkan kembali kepercayaan pelabur untuk melabur di Apple. Sama-sama kita lihat.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Google Mula Melepaskan Google Duplex Di Beberapa Buah Bandar Terpilih

Adakah Jangka Hayat Bateri iPhone Memberi Kesan Jika Anda Bermain Aplikasi Permainan?