in , ,

Berapakah Kapasiti Storan iPhone Siri 12

Menurut Jon Prosser, Apple bakal melancarkan empat buah iPhone terbaharu pada 14 Oktober 2020 jam 1.00 pagi waktu tempatan. Antara model iPhone yang akan dilancarkan termasuklah : iPhone 12 Pro Max iPhone 12 Pro iPhone 12 Mini iPhone 12 Antara isu utama adalah storan minimum bagi kesemua model tersebut. Kapasiti storan adalah penting kerana akan menentukan harga sesebuah iPhone dan kecenderungan pengguna memilih sesebuah storan. Jika storan minimum bagi iPad bermula dengan 32GB, untuk iPhone storan paling minimum yang ditetapkan oleh Apple adalah 64GB. Adakah storan 64GB masih relevan? Satu undian telah saya jalankan di Twitter di mana seramai 7,961 responden telah memberikan pandangan tentang kapasiti storan 64GB sama ada masih relevan atau sebaliknya. Berdasarkan keputusan, 48% atau 3,821 responden menyatakan tidak setuju manakala 41% pula bersetuju. Berdasarkan jawapan, jelas menunjukkan keputusan tersebut tidak cukup kukuh untuk simpulkan storan 64GB sudah tidak relevan. Namun bagi saya Pengguna itu sendiri yang harus memilih storan yang sesuai kerana kapasiti storan bergantung sepenuhnya pada penggunaan harian mereka.
Lagi artikel di ifon.my  iOS 14.2 Dilancarkan Secara Rasmi.
Situasi 1 Ahmad seorang peminat fotografi dan videografi dan sering mengambil gambar dan video setiap kali berkunjung ke tempat-tempat yang menarik. Selain daripada itu, dia juga gemar memasang permua seperti PUBG, Fortnite dan lain-lain. Oleh itu, storan 64GB adalah tidak sesuai baginya. Situasi 2 Abu ingin membeli iPhone, namun dia hanya gunakan untuk menonton YouTube, melayari internet, mendengar lagu dan permesejan seperti WhatsApp serta iMessage.Beliau juga gemar mengambil gambar, namun tidak begitu kerap dan jarang mengambil video. Disebabkan penggunaanya sangat minimum maka 64GB sudah memadai. Berbalik kepada perbincangan, timbul persoalan berhubung storan minimum bagi iPhone 12 ini. Pelbagai khabar angin mengatakan bahawa semua model iPhone 12 bakal hadir dengan storan 128GB. 35364-65139-i-Phone-12-Rumor-Roundup-xl Terkini, Jon Prosser telah menjawab teka-teki tersebut di mana storan 128GB hanya fokus pada segmen mercu sahaja. Berikut kapasiti minimum bagi storan untuk semua model iPhone 12 seperti dilaporkanya:
Lagi artikel di ifon.my  Pelancaran iOS 14
iPhone 12 Pro Max 128GB iPhone 12 Pro 128GB iPhone 12 Mini 64GB iPhone 12 64GB Jon Prosser turut memberikan perincian bagi senarai storan bagi iPhone 12 dan iPhone 12 Mini yang bermula dengan kapasiti 64GB, 128GB dan 256GB. Konklusinya jika benar laporan yang dibuat oleh Jon Prosser, maka kita sebagai Pengguna harus menilai secara terperinci sebelum memilih mana-mana storan yang anda mahukan. Jangan terus melihat pada harga yang rendah, lihat juga pada pengunaan kita, walaupun storan iCloud boleh membantu, namun storan fizikal juga penting bagi mengelakkan sebarang masalah kelak. Kredit gambar: EverythingApplePro  

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPad Generasi Kelapan Telah Mendapat Kelulusan Jualan Di Malaysia

iPhone 12 Bakal Menimbulkan Situasi Panik Dalam Kalangan Pengguna Di Malaysia?