in , ,

iPad Air Mendapat Kelulusan Bagi Jualan Di Malaysia

Pada 16 September 2020, Apple telah mengadakan acara bagi pelancaran Apple One,Apple Fitness+, iPad, iPad Air, Apple Watch Siri 6 dan Apple Watch SE. Kebanyakkan produk Apple seperti iPad, Apple Watch Siri 6 dan Apple Watch SE telah dijual secara rasmi di Amerika Syarikat (AS).

Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah Apple Malaysia akan membawa kesemua produk ini ke pasaran tempatan. Namun beberapa wakil jualan Apple yang sah seperti Switch Malaysia telah memberi gambaran bahawa Apple Watch Siri 6 akan berada di pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

Screenshot-2020-09-25-at-5-29-28-PM

Berdasarkan trend jualan Apple Watch beberapa tahun lepas, kebiasaanya jualan akan bermula pada setiap hari Jumaat. Memandangkan esok sudah hari Jumaat, berikut ramalan saya bagi jualan Apple Watch Siri 6 serta Apple Watch SE:

  • 2 Oktober 2020 (Jumaat)
  • 9 Oktober 2020 (Jumaat)
  • 16 Oktober 2020 (Jumaat)
Lagi artikel di ifon.my  Ceritera iOS 14

Terkini, berdasarkan semakan saya dengan laman rasmi Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), sebuah produk dengan model A2316 telah mendapat kelulusan keselamatan dan dibenarkan untuk jualan di Malaysia.

Berdasarkan semakan di laman rasmi Apple, model A2316 belum dinyatakan identiti bagi produk terbabit. Namun saya berpandangan ia merupakan model bagi iPad Air yang terbaharu memandangkan  model bagi iPad Generasi Ke-8 adalah berlainan iaitu:

      • A2270
      • A2428
      • A2429
      • A2430

Walaupun iPad Air terbaharu telah diluluskan oleh SIRIM, saya berpandangan jualan bagi produk ini akan bermula pada Oktober kelak memandangkan iPad Air belum dijual secara rasmi di AS dan jangkaan tarikh jualan adalah pada Oktober kelak.

Lagi artikel di ifon.my  Pasaran Modal Apple Menjunam Bawah $1 Trilion

Screenshot-2020-09-25-at-6-33-03-PM

Namun dengan kelulusan tersebut, memberi gambaran bahawa jualan iPad Air mungkin tidak berbeza ketara dengan jualan di AS. iPad Air dijual pada harga bermula RM2,599.00 bagi versi Wi-Fi dengan storan dalaman 64GB dan RM3,149.00 bagi Wi-Fi + Selular.

 

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Pelancaran iOS 14

Adakah Kemas Kini iOS Secara Wi-Fi Selamat?