in

Apple Melancarkan AirPods Max

AirPods Max merupakan satu lagi produk baharu di bawah AirPods.

Kini terdapat tiga model AirPods yang diperkenalkan oleh Apple iaitu :

  • AirPods
  • AirPods Pro
  • AirPods Max

Jika sebelum ini AirPods Pro merupakan produk dalam kategori andalan. Nampaknya AirPods Max telah mengambil tempat sebagai produk segmen andalan versi premium.

Sifat atau spesifikasi yang terdapat pada AirPods Max hampir sama dengan AirPods Pro iaitu :

  • Pembatalan hingar
  • Spartial Audio
  • Apple H1
  • Transparency mode
  • Adaptive EQ

172-FC0-CB-491-C-42-F4-9-CD4-86496373-D170

Namun sudah pasti AirPods Max mempunyai lebih keistimewaan memandangkan ia merupakan fon kepala yang hadir dengan teknologi yang dipertingkatkan serta bahan binaan yang lebih premium.

Setiap satu bahagian fon kepala atau lebih dikenali sebagai ‘cup’ dijana dengan cip Apple H1. Ini bermakna dua cip Apple H1 digunakan pada produk ini berbanding satu pada AirPods.

Produk ini hakikatnya telah dibangunkan sejak empat tahun lalu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dinesh Dave yang merupakan mantan kakitangan Apple suatu ketika dahulu.

Ini bermakna produk ini sudah melalui fasa ujian yang agak lama dan keputusan Apple untuk melancarkan produk ini telah mengambil kira semua aspek sebelum dilancarkan.

Khabar angin berhubung pelancaran AirPods Max sudah bertiup kencang sejak awal tahun lagi.

Namun pada ketika itu saya meramalkan tanda harga bagi model ini berlegar sekitar RM1,799.00 dengan mengambil kira harga bagi beberapa produk seumpamanya termasuklah Beats Studio3.

Nampaknya jangkaan saya jauh sekali berbeza kerana harga rasmi bagi AirPods Max adalah RM2,399.00.

Walaupun harga jualan AirPods Max terlalu premium. Secara peribadi saya tiada masalah untuk itu memandangkan AirPods Max bukanlah produk ‘wajib cuba’.

Kita masih mempunyai alternatif lain selain AirPods Max. Beats, Harman Kardon, Bose, Sony antara jenama lain yang boleh diambil kira di bawah satu produk yang lebih kurang sama.

Konklusinya, AirPods Max sesuai untuk peminat yang cintakan bunyi. Walau bagaimanapun, kita perlu menunggu sedikit masa untuk mengetahui sejauh mana kualiti bunyi dihasilkan berdasarkan ulasan yang dibuat oleh Pengulas Teknologi.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Revolusi Reka Bentuk Produk Apple

2021, Tahun Bagi iPhone Siri-S