in , ,

Jony Ive Kembali Menghidupkan Era Keagungan Apple.

Umum mengetahui bahawa rekaan iPhone pada ketika ini tidak mengalami perubahan yang drastik.

Bermula dengan pelancaran iPhone 6/Plus hinggalah iPhone 8/Plus. Rekaan yang hadir pada setiap model boleh dikatakan hampir sama sahaja.

Walaupun iPhone X dilihat satu rekaan yang baru. Namun, dengan mengambil masa hingga tiga tahun untuk menghasilkan sebuah iPhone sudah cukup untuk mentafsirkan akan kelemahan dalam organisasi Apple.

Namun semuanya telah berubah apabila pihak Apple telah memaklumkan bahawa Ketua Rekaan Apple iaitu Jony Ive bakal mengetuai kembali dalam rekaan produk-produk Apple.

BN-_UK888_0817_c_M_20170726103545
Jonathan Paul Ive

Menurut MacRumors, Jony Ive mula memfokuskan kepada Apple Park pada tahun 2015 yang mana dua Timbalannya iaitu Alan Dye dan Richard Howart telah mengambilalih tugas yang dipegang oleh Jonh Ive yang mana Alan Dye memfokuskan paparan antaramuka dan Richard Howart fokus pada rekaan industri.

Lagi artikel di ifon.my  Revolusi Reka Bentuk Produk Apple

Secara peribadi, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh MacRumors, saya boleh simpulkan bahawa kelembapan pada rekaan produk dan iOS sebelum ini adalah disebabkan oleh kelemahan pada kepimpinan dibawah Timbalannya.

Kali terakhir rekaan iOS di overhaul adalah semasa pelancaran iOS 7 yang mana Jony Ive mengetuai dalam rekaan paparan antaramuka dan Craig Federighi dalam pembangunan perisian.

Dengan kemasukkan kembali Jony Ive, diharap iOS 13 dan iPhone XS/XS Plus bakal mendapat sentuhan baharu dibawah beliau.

Hakikatnya beliau merupakan antara tulang belakang Apple yang paling berpengaruh semasa Steve Jobs hidup. Kisah bagaimana Jony Ive diangkat oleh Steve Jobs akan saya tulis pada artikel akan datang.

Lagi artikel di ifon.my  Xiaomi Mi Mix 3 Dengan Sokongan 5G Dan Tanpa Notch Dipertontonkan

Sumber: MacRumors

http_s3-eu-west-1.amazonaws.com_fthtsi-assets-production_ez_im
Steve Jobs dan Jony Ive

Konklusinya, Apple memerlukan individu yang hebat untuk memastikan jenama Apple kekal sebagai antara syarikat paling berkuasa di dunia.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apakah Nama Bagi iPhone 2018?

Apple Bakal Melancarkan macBook Air Versi Terbaru