in

iPhone, Beli atau Tangguh? – Bab Satu

Saya menerima banyak pertanyaan berhubung perkara ini dan sudah pasti jawapan terletak pada diri kita sendiri. Sudah menjadi lumrah iPhone akan datang lebih baik berbanding sekarang.

Namun mengapa perlu dipersoalkan sedangkan jawapan telah terungkap?

Kita perlu memahami iPhone kebiasaannya akan melengkapkan kitaran sebanyak dua fasa.

Fasa pertama
Apple akan melancarkan rekaan baharu tanpa menitikberatkan soal spesifikasi.

Fasa kedua
Apple akan melancarkan versi ‘S’ yang memfokuskan kepada spesifikasi.

Bagi iPhone fasa kedua, Apple akan menggunapakai rekaan sedia ada.Maka kos pembangunan dapat diminimumkan seterusnya Apple dapat memperkenalkan teknologi baharu.

Kali pertama versi ‘S’ diperkenalkan semasa pelancaran iPhone 3GS.’S’ membawa maksud “speed” yakni kepantasan. Namun Apple tidak menyatakan maksud ‘S’ pada iPhone seterusnya.

210606-iphone-13-render-ian-2

Gambar: @RendersbyIan

Tahun ini tidak dipastikan sama ada Apple akan menggunapakai ‘S’ pada iPhone 2021.
Sama ada iPhone 12s atau iPhone 13, model tersebut berada di fasa kedua. Secara tuntas kita boleh terjemahkan iPhone 2021 akan mengekalkan rekaan sedia ada namun akan memperkenalkan teknologi atau inovasi baharu.

Antara teknologi baharu yang hangat diperkatakan adalah kadar segar semula 120Hz serta LTPO.
Khabar angin tentang kadar segar semula 120Hz berlegar sejak tahun lepas lagi.Saya juga turut menafikan dakwaan berkenaan berpandukan formula yang saya gunakan sejak sekian lama.

iPhone 12 lebih memfokuskan kepada rekaan. Amat mustahil Apple memperkenalkan semua teknologi dalam sebuah produk. Kerana itulah 120Hz lebih sesuai untuk iPhone 12s (iPhone 13) atas sebab yang saya nyatakan di atas.

Lagi artikel di ifon.my  Semua tentang iPhone 2018 yang kita tahu setakat ini

Persoalannya adakah berbaloi beli iPhone 12 atau tangguh sehingga pelancaran iPhone 12s? Satu undian telah saya lakukan di Twitter dan sebanyak 3,915 responden telah mengambil bahagian.

Berdasarkan keputusan tersebut, 41% responden bersetuju untuk menangguh pembelian iPhone manakala 27% akan membeli iPhone 12.Ini bermakna majoriti responden cenderung untuk membeli iPhone 12s berbanding iPhone 12.

Saya percaya ramai pengguna menunggu teknologi kadar segar semula 120Hz.Selain itu skrin LTPO memungkinkan iPhone 12s bakal menjadi iPhone pertama menyokong fungsi AOD.

Walakin begitu, perlu diingatkan setakat ini semua maklumat berhubung spesifikasi iPhone 12s masih khabar angin dan bukan rasmi.Barclays juga turut melaporkan iPhone 12s bakal menyokong Face ID dan Touch ID terbina di skrin.

Pada ketika ini saya menolak khabar angin tersebut dan berpandangan teknologi berkenaan akan digunakan pada iPhone 2022.Secara peribadi, saya bersetuju dengan pandangan responden yang menangguh seketika pembelian iPhone.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xs Max Hadir Dengan Mod Beauty?

apple-iphone-13-leak-render-feat-notch-camera-diagonal
Gambar: @RendersbyIan

Bagi saya iPhone versi ‘S’ mempunyai prestasi yang dipertingkatkan serta jangka hayat yang lebih lama. Selain itu spesifikasi yang hadir pada IPhone versi ‘S’ lebih berkuasa serta mempunyai fitur baharu.

Sebelum ini saya seorang yang obses dengan iPhone. Setiap kali Apple melancarkan iPhone, saya akan membelinya.Namun saya akan memfokuskan hanya pada segmen andalan. Sejak umur saya kian meningkat, saya hanya fokus pada iPhone versi ‘S’ sahaja.

Saya sepatutnya membeli iPhone 12 Pro Max, namun saya lihat belum masanya untuk saya berbuat demikian.iPhone XS saya masih baik dan iOS 14 berfungsi dengan baik jika dibandingkan dengan iOS 13 sebelum ini.

Saya tidak melihat sebarang sebab untuk saya naik taraf iPhone 12 walaupun dari segi kamera ia jauh lebih baik.Setakat ini iPhone XS masih setia bersama dan saya bukanlah berduit untuk naik taraf iPhone setiap masa.

Saya akan pilih yang terbaik untuk satu jangka masa yang panjang. Konklusinya, saya bersetuju dengan pandangan responden yang menjawab soal selidik tersebut.Namun perlu diingatkan, pelancaran iPhone 12s dijangka sekitar September atau Oktober tahun ini.

Jika anda tidak punyai pilihan, teruskan pembelian iPhone 12 yang bagi saya antara yang terbaik dalam kelasnya.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

2021, Tahun Bagi iPhone Siri-S

iPhone, Beli atau Tangguh? – Bab Kedua