in ,

iPad Mini, tangguh atau Beli?

iPad Mini sudah memasuki generasi kelima. Kali terakhir dilancarkan adalah pada Mac 2019. Adakah kita perlu menangguh pembelian iPad Mini atau boleh sahaja beli pada masa sekarang? Ini merupakan ulasan berdasarkan perspektif peribadi saya.

iPad Mini hadir dengan skrin bersaiz 7.9-inci dan satu-satunya paling kecil dalam semua model iPad.

Berikut model iPad yang diperkenalkan oleh Apple.
1. iPad Pro
2. iPad Air
3. iPad Mini
4. iPad

iPad Mini setara dengan iPad, bermakna model ini bukan dalam segmen berprestasi tinggi seperti iPad Pro.iPad Mini sangat sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran disebabkan saiz yang lebih kecil serta mudah dibawa ke mana sahaja.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max Hadir Dengan Kapasiti Bateri Yang Tinggi

Timbul persoalan, adakah perlu tangguh pembelian iPad Mini? Setakat ini beberapa Penganalisis terkemuka seperti Ming-Chi Kuo dan Mark Gurman telah memperincikan perkara tersebut. Terkini Mark Gurman telah melaporkan bahawa iPad Mini 6 besar kemungkinan akan dilancarkan pada bulan September atau Oktober tahun ini.

csm-E3xj-Zf-XXo-AMHIt-W42-e5be0de5f2

Gambar: @RendersbyIan

iPad Mini 6 besar kemungkinan hadir dengan rekaan baharu dan merupakan transformasi paling radikal dalam kelasnya.Reka bentuk iPad Mini 6 akan diinspirasikan daripada iPad Air 4. Manakala Touch ID berkemungkinan akan terbina di butang kuasa. Saya percaya iPad Mini 5 akan dijana dengan A14 Bionic atau A15 Bionic dengan storan asas bermula pada kapasiti 64GB.

Saya meramalkan harga jualan bagi iPad Mini 6 sekitar RM1,699.00. Tidak dipastikan model ini menyokong 5G atau sebaliknya.

Lagi artikel di ifon.my  IDC: Pasaran Telefon Pintar Global Turun 4.9%, Samsung Mendahului Dan Apple Kembali Merampas Kedudukan Dari Huawei

Konklusinya, saya menggalakkan anda untuk tangguh sehingga bulan September atau Oktober tahun ini. Amat kurang berbaloi jika anda habiskan wang untuk produk yang usia lebih dua tahun. Perubahan radikal pada rekaan iPad Mini 6 akan memberi identiti baharu serta memudahkan anda membeli aksesori kelak.

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Inkarnasi Sebuah Pixel

iPhone Mini, Legasi Karam di Lautan Artik