in ,

Pembatalan MicroLED Memberi Impak Kepada Kilang ams OSRAM di Kulim Kedah?

Minggu ini menyaksikan dua pembatalan agak kontroversi dilakukan oleh Apple. Pertama pembatalan pembangunan Projek Titan yang berkait rapat dengan kereta elektrik. Manakala pembatalan kedua adalah pembangunan MicroLED untuk Apple Watch.

Saya tertarik dengan berita pembatalan MicroLED untuk Apple Watch yang memberi impak besar kepada OSRAM.

Semuanya bermula pada Rabu lalu, rentetan pengumuman OSRAM untuk menilai kembali strategi bagi MicroLED selepas satu projek berimpak tinggi dibatalkan secara tidak dijangka.

Walaupun OSRAM tidak menyatakan siapa pelanggan tersebut, sudah diketahui Apple merupakan pelanggan utama mereka.

Natijahnya, saham OSRAM menjunam sebanyak 40% berikutan berita tersebut. Menurut Counterpoint, terdapat faktor penyebab pembatalan ini termasuklah hasil pengeluaran yang rendah, kos serta risiko tinggi.

Lagi artikel di ifon.my  Rekabentuk iPhone 2018 Dan Apple Watch Siri 4 Tertiris

Satu perkara yang menjadi perhatian adalah nasib kilang MicroLED terbesar di dunia yang bertempat di Kulim, Kedah.

Pada April 2022, ams Osram komited hampir $1 bilion untuk mengembangkan tapak pembuatannya di Kulim, Kedah di mana ia sedang membina kemudahan untuk membuat LED mikro, produk utama dalam strategi pendapatan masa depan ams Osram.

Apple mula berkecimpung dalam membangunkan teknologi MicroLED sejak pengambilalihan syarikat LuxVue yang berpangkalan di California.

Kelebihan microLED berbanding OLED adalah peningkatan kecerahan, kecekapan kuasa, nisbah kontras yang lebih tinggi.

Menurut ams Osram, perbincangan dengan “pelanggan” masih berjalan memungkinkan Apple Watch dengan MicroLED tidak dibatalkan dan hanya ditangguhkan.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Apple meluncurkan perisian tegar 6E188 khusus untuk AirPods Pro 2

Bil Bahan (BoM) Bagi Vision Pro Telah Diperoleh?