in

iOS 17.4.1 Sedia Untuk Dikemas kini

iOS 17.4.1 baru sahaja dilancarkan dan pengguna iPhone yang layak boleh mengemas kini bermula sekarang.

Setakat ini 12 kemas kini telah dikeluarkan merangkumi fitur baharu, pembetulan pepijat, peningkatan keselamatan dan lain-lain.

iOS 17.4.1 memfokuskan kepada pembetulan pepijat serta meningkatkan kestabilan.

Kemas kini boleh dilakukan secara OTA, sama ada Wi-Fi mahupun selular. Kendatipun begitu, digalakkan untuk kemas kini melalui Wi-Fi untuk mengelak sebarang kesulitan.

Selain itu, pengemaskinian melalui ITunes (Windows) / Finder (Mac) juga boleh dilakukan.Tiada fitur baharu bagi versi ini dan lebih kepada isu keselamatan dan kestabilan semata-mata.

Semalam, satu undian telah dijalankan selama sehari melibatkan 2,457 responden.

Sebaik undian ditutup, 12% berpuas hati mengemas kini iOS 17.4.1. Manakala 7% tidak berpuas hati tanpa memperincikan sebab dan musababnya.

Seperti biasa, pada awal peluncuran kemas kini majoriti pengguna belum bersedia untuk mengemas kini.Ini dapat dibuktikan dengan undian terdahulu dan terkini 63% belum bersedia untuk mengemas kini.

Secara dasarnya, kemas kini sangat baik untuk memastikan keselamatan dan kestabilan iPhone terjamin.

Walakin begitu, tidak dinafikan segelintir pengguna menghadapi masalah sebaik mengemas kini.Nasihat saya, jika iPhone anda mengalami simptom yang kurang baik. Sila dapatkan respon pengguna yang menggunakan iPhone model sama.

Jika majoriti tidak hadapi masalah seperti anda, adalah dinasihatkan untuk pulih semula (restore) iPhone tersebut melalui iTunes.Pastikan iPhone terjamin keaslian iPhone luar dan dalam sebelum mengemas kini.

Terdapat beberapa kes menyebabkan iPhone bermasalah sebaik kemas kini antaranya isu skrin dan lain-lain.Oleh yang demikian, sila cakna tentang keaslian iPhone untuk mengelakkan sebarang masalah sewaktu kemas kini.

Sekiranya iPhone 13 Pro atau iPhone 13 Pro Max anda hadapi Skrin Putih Mati (WSoD) sebaik kemas kini.Sila buat janji temu dengan AASP untuk memohon pengecualian bayaran bagi penukaran skrin baharu walaupun tamat waranti.

Perlu diingatkan, tidak semua layak untuk menerima penukaran secara percuma. Pastikan anda cukup syarat seperti iPhone bebas daripada komponen tiruan.

Setakat ini saya amat berpuas hati dengan iOS 17.4.1 terutama melibatkan ketahanan bateri.

Jika berbicara soal bateri, perkara ini sangat subjektif dan bergantung kepada penggunaan seseorang individu itu sendiri.Embuh-embuhan begitu, saya amat berpuas hati dari aspek kestabilan serta ketahanan bateri.

Perlu diingatkan setiap kali proses kemas kini, proses kalibrasi akan berlaku dan kebiasaannya kesihatan bateri mungkin menurun.Proses kalibrasi adalah penting untuk membolehkan anda mendapat bacaan tepat.

Jangan salah tafsir, kemas kini menurunkan peratus kesihatan bateri. Hakikatnya, kemas kini memberi gambaran sebenar tahap kesihatan bateri.

Intihanya, iOS 17.4.1 boleh dikemas kini bermula hari ini.

Rata-rata berpuas hati mengemas kini versi terbaharu walaupun majoriti belum bersedia untuk melakukannya. Pastikan iPhone anda bebas daripada komponen tiruan bagi mengelakkan sebarang kemudaratan.

Natijahnya, iPhone tersebut mungkin fasad dari segi perisian dan boleh diselesaikan dengan menurun taraf ke versi terdahulu.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

vivo Malaysia Melancarkan vivo V30 dan vivo V30 Pro

Storan iPhone 128GB Masih Relevan?