in

vivo Malaysia Melancarkan vivo V30 dan vivo V30 Pro

Semalam berlangsungnya acara peluncuran vivo V30 dan V30 Pro 5G daripada vivo Malaysia serta menyambut ulang tahun ke-10 vivo bertapak di Malaysia yang bertempat di Sheraton Petaling Jaya. Menariknya busana biru putih serta gimik perkahwinan tiga bangsa menjadi tema kali ini.

Acara kali ini dihadiri lebih 600 tetamu jemputan termasuklah KOL, rakan niaga, media serta VIP. Kelemayar (cahaya) serta kemeriahan jelas menaikkan semangat tetamu yang hadir walaupun berlangsung pada bulan Ramadan.

Menarik acara kali ini, pengacara telah memaklumkan sebanyak 8 juta pengguna aktif telah menggunakan jenama vivo di Malaysia.

vivo V30 diperkasa dengan Qualcomm Snapdragon® 7 Gen 3, Ingatan Capaian Rawak (RAM) sebanyak 12GB dan storan 256GB serta 512GB.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Melancarkan vivo Y100 5G di Malaysia

Model asas ini turut menyokong 5,000 mAh dengan 1,600 kitaran lengkap cas atau 80% daripada keupayaan asal bateri. Ini bermaksud, bateri vivo V30 mampu bertahan sehingga empat tahun penggunaan vivo V30 menyokong pengecasan kilat 80W yang mampu mengecas 100% dalam tempoh 48 minit.

vivo V30 didatangkan dengan panel AMOLED dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan 2,800 nits. vivo V30 menggunakan sistem operasi Android 14 melalui Funtouch 14.

Selain itu, vivo V30 Pro juga turut diperkenalkan dengan menggunakan pemproses Mediatek Dimensity 8200. Kamera menggunakan optik Zeiss serta UFS 3.1 berbanding 2.1 pada model asas.

vivo V30 dan V30 Pro 5G ternyata menawarkan sesuatu yang menarik pada harga berpatutan. Jangan lupa untuk menguji telefon pintar ini di pusat jualan vivo berdekatan dengan anda.

Lagi artikel di ifon.my  vivo Melancarkan vivo Y100 5G di Malaysia

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Penjenamaan Apple ID Kepada Akaun Apple?

iOS 17.4.1 Sedia Untuk Dikemas kini