in ,

Ramalan Apple Watch X

Apple Watch telah mencetuskan fenomena baharu dalam dunia pembuatan jam pintar.Tahun 2014 telah melahirkan Apple Watch generasi pertama sekali gus telah menggugat pasaran serta keuntungan jam Swiss. Apple Watch yang baru sahaja dilancarkan telah berada di kedudukan kedua selepas Rolex dari segi jualan global pada tahun 2015 mengatasi Fosil, Omega, Cartier dan lain-lain.

Walaupun tidak signifikan untuk membandingkan dengan jam mekanikal. Pada ketika itu jam pintar lain masih belum menampakkan potensi yang memuaskan. Kelebihan Apple Watch berbanding jam pintar lain adalah pembangunan perisian dan perkakasan bawah satu bumbung.

Oleh yang demikian, Apple wewenang untuk melakukan apa sahaja kehendak tanpa terikat dengan syarikat luar.Jony Ive yang mengetuai dalam reka bentuk Apple Watch pada awalnya mempunyai kesukaran untuk memilih rekaan terbaik. Namun dengan bantuan Marc Newson maka terhasil Apple Watch yang kita lihat pada ketika ini.

Dua model utama telah dihasilkan iaitu Apple Watch dan Apple Watch Ultra. Pada ketika ini, Apple Watch hadir dengan dua model iaitu Apple Watch Siri 9 dan Apple Watch SE (Gen-2). Manakala Apple Watch Ultra (Gen-2) turut diperkenalkan.

Lagi artikel di ifon.my  Memo Terkini Dari Pengalisis Apple Ming Chin Kuo Bagi iPhone, iPad, Apple Watch Dan MacBook

Saya tidak akan memperincikan perkara ini. Namun tertarik dengan Apple Watch X yang bakal diperkenalkan sekitar September 2024.Apple Watch X dikhabarkan akan mengalami perubahan kepada reka bentuk buat kali pertama sejak 2014. Walaupun terdapat sedikit perubahan kepada reka bentuk sewaktu pelancaran Apple Watch Siri 4 dan Apple Watch Siri 7, kedua-dua model ini lebih memfokuskan kepada saiz skrin semata-mata.

Desas-desus ini timbul memandangkan Apple Watch bakal melangsungkan ulang tahun ke-10. Hal ini sama seperti iPhone X yang menjadi titik baharu bagi masa depan iPhone.Apple Watch X dijangka akan lebih nipis dengan rekaan yang lebih moden serta menggunakan panel OLED yang lebih jimat tenaga.

Terdapat juga khabar angin bahawa fitur pemantauan tekanan darah juga turut diperkenalkan termasuk pengesanan apnea tidur.Apple Watch X bakal diperkasa dengan cip S10 yang memungkinkan prestasinya setara dengan S9. Jika terdapat peningkatan sekalipun, mungkin tidak lebih 15% dari cip sebelumnya.

Jika anda pengguna tegar Apple Watch, terdapat kemungkinan tali jam sedia ada tidak lagi menyokong Apple Watch baharu. Ini bermakna, anda terpaksa membeli dan mengumpul tali jam baharu sekiranya mahu sepadan dengan Apple Watch X.Saya ramal watchOS 11 tidak mengalami perubahan ketara memandangkan Apple baru sahaja memperkenalkan paparan antara muka pengguna (UI) baharu yang lebih cendayam (cantik).

Lagi artikel di ifon.my  Apple Menerbitkan Iklan Terbaharu Apple Watch Siri 4

Telah lama saya menanti, hingga sanggup berhenti membeli, Apple Watch Siri 7 kekal dihati, tiada yang mungkin ditukar ganti.Namun semua tiada erti, jika afsun (pesona) yang baharu merubah sang ratna pakaja (jantung hati). Sekuat pawana menggerakkan mega, kelemayar masih memancar sinar.

Apple Watch X dijangka dilancarkan seawal September ini. Saya menjangkakan peningkatan harga yang sederhana bagi model ini. Saya turut meramalkan tiada Apple Watch SE (Gen-3) akan diperkenalkan.Jika anda ingin membeli Apple Watch, nasihat saya tunggu model baharu yang bakal merubah masa depan Apple Watch untuk sedekad hadapan.

Gambar Sumber : Sam Kohl (@iupdate)

SEKADAR PANDANGAN

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Storan iPhone 128GB Masih Relevan?

vivo Malaysia Melancarkan vivo V30e 5G