in ,

TCL Melancarkan Produk Andalan Baharu

Hari ini TCL telah melancarkan generasi baharu bagi produk peralatan rumah untuk televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan penyaman udara berkelas andalan (flagship) 

TCL merupakan sebuah syarikat terkemuka yang berpangkalan di China. TCL mula bertapak di Malaysia pada tahun lepas dan kini mempelbagaikan peralatan rumah sama ada segmen andalan mahupun permulaan.

Tumpuan utama acara kali ini adalah pelancaran televisyen bersaiz mega iaitu TCL 115X55 Max QD-Mini LED TV. 

Televisyen (TV) bersaiz 115-inci telah menjadikannya QD-mini LED terbesar di dunia. TV ini menyokong kecerahan puncak 5,000 nits serta 20,000 zon peredupan.

TV ini dijual di pasaran Malaysia pada harga RM149,999, dan hanya boleh ditempah melalui syarikat TCL atau rakan perniagaan.

Acara yang berlangsung di Connexion Conference & Event Centre – CCEC dianggap berjaya dengan mempamerkan pelbagai produk elektrik dan elektronik keluaran TCL. Paling menarik perhatian adalah pameran TV pelbagai saiz serta kualiti paparan.

Walaupun TCL masih baharu di Malaysia, dari segi pegangan pasaran untuk segmen TV, TCL berada di kedudukan kedua dunia dengan jualan sebanyak 25.26 juta unit sekali gus menguasai 12.5% untuk pasaran global.

Data daripada OMDIA menzahirkan kekuatan jenama TCL di pasaran dunia dan memangkin potensi besar untuk pasaran tempatan dalam tempoh beberapa tahun mendatang.

Saya percaya kekuatan yang ada pada TCL mampu untuk bersaing dengan jenama lain yang telah bertapak lebih sedekad.

Paling utama adalah kekuatan produk serta harga yang berpatutan yang mampu untuk menarik semua pengguna sama ada berpendapatan tinggi mahupun sederhana.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

vivo Malaysia Melancarkan Siri iQOO Z9 5G

Aplikasi Kalkulator Akan Hadir Ke iPadOS 18