Peluncuran iOS 18.1 telah meningkat kadar kemas kini sebanyak dua kali ganda berbanding iOS 17.1, lapor Ketua Pegawai Eksklusif Tim Cook.
Kehadiran Apple Intelligence antara faktor utama mengapa peningkatan kemas kini berlaku berbanding iOS 17.1 sebelum ini.Setakat ini Apple tidak berkongsi secara terperinci berapa peratus iPhone yang mengemas kini iOS 18.
Jika dirujuk kepada sumber Apple, laporan terakhir adalah pada 9 Jun 2024 yang memfokuskan kepada iOS 17 yang mencatat sebanyak 77% bagi keseluruhan peranti yang mengemas kini iOS 17.
Saya juga turut berkongsi tahap kepuasan iOS 18.1. Dapatan menunjukkan 19% daripada 3,187 pengguna berpuas hati dengan iOS 18.1.
Manakala 10% kurang berpuas hati dan majoriti (51%) belum menunjukkan minat untuk mengemas kini iOS 18.1 dan selebihnya bersifat berkecuali.iOS 18.1 lebih menumpukan kepada iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max dan semua model iPhone 16.
iOS 18.1 menawarkan Apple Intelligence dengan ciri-ciri reka bentuk SIRI baharu, alat membuang gambar yang mengganggu di aplikasi Foto, memperbaiki penulisan dan lain-lain.
Apple Intelligence mendapat perhatian pengguna iPhone sejak beberapa hari ini walaupun ciri-ciri yang diperkenalkan sudah ditawarkan oleh peranti Android.
Apple hakikatnya sudah terkebelakang berbanding pesaing dari aspek pembangunan Kecerdasan Buatan.Tidak hairanlah Apple terpaksa melancarkan iPhone 16 lebih awal dan terpaksa menunggu sehingga Oktober untuk mendapatkan Apple Intelligence.
Lebih parah, semua ciri-ciri yang ditawarkan dalam Apple Intelligence hanya tersedia pada tahun hadapan.Apple gagal menawarkan Apple Intelligence sewaktu iOS 18 dilancarkan.
Ini sedikit sebanyak memberi impak kepada jualan iPhone di peringkat global. Malah strategi Apple untuk menarik pengguna melalui Apple Intelligence gagal memandangkan ciri tersebut belum tersedia
Kerana itulah, apa yang dilihat secara jasmani bukan penentu kepada minat pengguna untuk menaik taraf, hatta rohani sekalipun jika dibiarkan terlalu lama, masyghul jadinya.
Kerana pilihan pada atma bukan nafsu pawaka, kerana yang bejat itu hanya ada pada golongan yang rugi.
SEKADAR PANDANGAN