in ,

SneakerLAH Dikuasakan oleh U Mobile 5G

Hari ini berlangsung acara Sneakerlah yang dikuasakan oleh U Mobile 5G. Acara gilang-gemilang ini merupakan satu acara tahunan terbesar di Malaysia.

Sneakerlah tempat berkumpulnya para pengumpul sniker, penjual dan lain-lain untuk merayakan acara ini. Pelbagai jenis kasut ditawarkan daripada edisi terhad, premium, khas dan sebagainya.

Selain itu, pakaian streetwear, aksesori dan pelbagai lagi barangan turut ditawarkan eksklusif untuk pengunjung yang datang.

Acara bermula seawal 10 pagi dengan keutamaan kepada pengunjung VIP sebelum dibuka kepada lain-lain pada jam 12.00 tengah hari sehingga 10.00 malam.

Terdapat pelbagai reruai (booth) disediakan termasuklah SVG, The CapCity, Peak, Keen, Dirthy Laundry, Monster Asics, Aegis, Skinarma, High Culture, Karta dan lain-lain.

Selain itu, reruai ASB juga turut ditawarkan bagi membolehkan kita mendaftar atau membuat pelaburan ASB, RIA dan sebagainya.

Lagi artikel di ifon.my  Dapatkan vivo Y28s 5G Secara Percuma Dengan Pelan U Savemore

Selain SneakerLAH, eSportLAH turut berlangsung bagi peminat e-sukan.

SneakerLAH dikuasakan oleh U Mobile 5G, dan jika anda berminat dengan kasut U Ultra Max dan U Ultra Force boleh sertai peraduan mudah. Hanya imbas kod QR yang disediakan dan kongsi di Instagram dengan tanda tag U Mobile dan tanda pagar #UMobileXSneakerLAH.

SneakerLAH berlangsung selama dua hari bermula 2 November dan berakhir pada 3 November. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke acara ini yang bertempat di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC).

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Peratus Kemas kini iOS 18.1 Dua Kali Ganda Berbanding iOS 17.1

Siri X200 Daripada vivo Malaysia Bakal Tiba November Ini