in ,

Alamanda Putrajaya Menampilkan Wajah Baharu

Apabila disebut tentang Alamanda, pastinya kita semua mengenali pusat beli-belah ikonik yang terletak di Putrajaya ini.

Kini, era kegemilangannya semakin memuncak dengan perasmian Alamanda Berwajah Baharu oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim hari ini, yang berlangsung di ruang legar Alamanda Putrajaya. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

YAB Perdana Menteri turut menekankan kerjasama erat antara Putrajaya Holdings dan kerajaan, yang telah melahirkan Kiosk Sentuhan Madani pertama di negara ini. Inisiatif ini membolehkan orang awam menjalankan urus niaga digital dengan jabatan kerajaan terpilih di luar waktu bekerja, memberikan kemudahan yang lebih fleksibel kepada masyarakat.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone Xs Dijual Pada Harga Bermula RM4,799.00

Dikendalikan oleh Suria KLCC Sdn Bhd, Alamanda Putrajaya telah melalui proses transformasi besar-besaran dengan pelaburan sebanyak RM100 juta oleh Putrajaya Holdings Berhad.

Pembangunan semula ini, yang bermula pada 20 Jun 2023, menandakan pengubahsuaian utama pertama sejak pusat beli-belah ini dibuka pada tahun 2004.

Salah satu tarikan teras dalam pembangunan semula ini ialah Escape Putrajaya yang terletak di Esplanade. Taman petualangan luar seluas 151,548 kaki persegi ini dibangunkan melalui kerjasama dengan Sim Leisure Group Ltd. Direka untuk menggabungkan elemen petualangan dan alam semula jadi, Escape Putrajaya menjanjikan pengalaman yang mengujakan untuk keluarga dan orang ramai.

Dengan wajah baharu ini, Alamanda Putrajaya bukan sekadar destinasi beli-belah, tetapi juga sebuah hab gaya hidup yang lengkap dan menarik untuk semua.

Lagi artikel di ifon.my  iPhone X Mempunyai Susut Nilai Yang Terendah Berbanding Model Sebelumnya.

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

iPhone 16e Segmen “Mampu milik” Golongan Ningrat