in , ,

Penganalisis Menjangka Sebanyak 350 juta unit iPhone Akan Dinaik Taraf Oleh Pengguna

Seperti yang diketahui Apple bakal melancarkan iPhone 2018 dalam masa terdekat. GBH Insights dalam nota penyelidikannya telah memetik bahawa Apple dianggarkan mampu menjual sebanyak 220 juta unit iPhone bermula pada bulan Oktober ini.

iphonex_spacegray
iPhone X

Selain itu, mereka juga menjangkakan sebanyak 350 juta unit iPhone akan dinaik taraf ke model terbaru dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.

Sumber juga memetik bahawa iPhone 6.1 inci yang menggunakan LCD akan mula dijual sekitar dua hingga empat bulan akan datang.

We expect three new iPhone releases (5.8 inch to 6.5 inch OLED Plus designs with a lower priced LCD model) staggered over the next 2-4 months.

Walaupun jangkaan yang dibuat oleh GHB Insights ini terlalu tinggi. Saya secara peribadi merasakan terdapat pertumbuhan kukuh bagi segmen jualan iPhone untuk tahun 2018 dan 2019 atas faktor kekuatan yang dimiliki oleh iPhone.

Hal ini boleh dilihat pada laporan yang dibuat oleh beberapa penganalisis sebelum ini yang menjangkakan jualan iPhone X akan merosot akibat harga jualan yang terlalu tinggi.

Lagi artikel di ifon.my  Mengapa Harga iPhone Mahal Berbanding Samsung?

Namun laporan tersebut telah dinafikan dengan laporan yang dibuat oleh Apple di mana Tim Cook dalam kenyataan beliau sebelum ini telah memaklumkan bahawa iPhone X antara model paling terlaris di pasaran.

SEKADAR PANDANGAN

Sumber: 9to5mac

Written by xaviernaxa

Seorang rakyat Malaysia yang memfokuskan kepada penulisan dalam bahasa Melayu, seorang pengkritik Apple dan pencinta Inovasi

Mengapa iPhone 5S Tidak Terlibat Dalam Program Penukaran Bateri? Dan Adakah Wajar Kita Menukar Bateri.

Budaya Mendewakan iPhone MYSET Harus Dikikis.